Lebih 14k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Tips Honeymoon Di Bali Dengan Bajet RM1k Siap Villa!
Ini baru berbaloi!
Nak honeymoon tapi tak tahu lokasi paling sesuai dan murah? :)
Antara lokasi yang sering menjadi pilihan newlyweds ialah Indonesia. Bali, Lombok, Jogja, Medan dan lain-lain tempat menarik yang masih belum pernah dikunjungi.
Indonesia merupakan negara yang sangat sesuai untuk dijadikan lokasi berbulan madu. Murah pun murah. Mana nak dapat villa mewah bawah RM500 di Malaysia ini bukan? Paling-paling pun lebih RM1k satu malam.
Mahal!
Image via Tenor
Tapi kena tahu tips yang betul juga untuk memastikan anda tidak berbelanja secara berlebihan ketika berbulan madu.
Ingin tahu bagaimana caranya?
Baca perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Intanabila Bazli tentang tips dan itinerari yang digunakan ketika berbulan madu di Bali dengan bajet serendah RM1k (tidak termasuk makan dan shopping).
Murah dan menarik!
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Itinerari Honeymoon di Bali, Indonesia
RM1k dah boleh honeymoon Bali & check in Villa siap ada private pool. Kos ni untuk berdua tau. Dah termasuk (penginapan + supir + entrance fee) tapi tak termasuk makan minum & shopping.
Makan minum pilihan masing-masing yer nak makan di restoran/warung/bawa makanan ready-to-eat dari Malaysia. Shopping tu pilihan sendiri juga, nak pegi negara org untuk shopping @ jalan-jalan hehehe.
Tiket penerbangan: 13 October - 17 October 2018
Rate : IDR 1juta = RM276.50
Tiket return = RM425/pax
=================
* Nang Ade House, Ubud : RM133/2 night
* Omah Biu, Canggu : RM57/1 night
* Zoe Villa Canggu : RM300/1 night
Kos penginapan (4malam) = RM490
=================
Kos supir di (UBUD)
IDR 350,000/Day = IDR 1,050,000/3 Days
(+) 100,000 (lempuyang temple)
= IDR 1,150,000 ~ RM320
- kos supir termasuk minyak + parking + tol
- kos supir akan lebih murah kalau uols pegi ramai sbb kira satu kereta bukan kira per kepala. Kami pegi berdua, jadi mahal sikit.
Kos supir (3hari) = IDR 1,150,000 ~ RM320.
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Hari pertama:
- Sampai airport Ngurah Rai International Airport 2.30pm
- Mas supir dah tunggu & terus bawa pegi lunch
- Selepas lunch kami terus minta mas supir hantar hotel dekat Ubud
- Dari airport ke Ubud lebih kurang 2 jam
Lunch: Ayam Betutu Kuta - Bali. Dinner: Warung Ijo - Ubud
Kos hari pertama takde sebabnya tak sempat ke mana-mana. Sampai di (Nang Ade House,Ubud) dah lewat petang.
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Hari kedua:
• Sunrise Lempuyang Temple
- Pukul3.30am mas supir dah jemput dekat hotel Ubud sebabnya 2jam perjalanan baru sampai naik kereta
- Kalau boleh jangan pegi sendiri naik scooter sbbnya jalan gelap
- Nanti sebelum sampai puncak, kena naik van (berbayar) sebabnya kereta tak dibenarkan naik sampai atas
Naik van IDR 20,000/ride, Rp40,000/return
= IDR 80,000/2 pax ~ RM21
Entrance fee takde tapi kena sewa sarong IDR 20,000/2 pax & sedekah ikhlas IDR 10,000
= IDR 30,000 ~ RM8
Total di Lempuyang Temple = IDR 110,000 ~ RM30
• Tirta Gangga
Entrance fee = IDR 60,000/2pax. Makanan ikan = IDR 5,000/3 pack kecil
Total di Tirta Gangga = IDR 65,000 ~ RM18
• Ujung Water Palace
Entrance fee = IDR 100,000/2 pax ~ RM28
• Wanagiri Hidden Hill
Entrance fee = IDR 100,000/2 pax ~ RM28
• Ulun Danu Beratan
Entrance fee = IDR 40,000/2 pax ~ RM11
- Pukul5.30pm sampai hotel, kami terus sewa scooter sbb nak pusing2 area Ubud & makan malam. Sebabnya esok dah move ke Canggu
Sewa scooter (UBUD)
= IDR 65,000 ~ RM18
Minyak = IDR 10,000 ~ RM3. Lunch: Billy’s Lake View (buffet). Dinner: Puteri Minang Padang Food - Ubud
Kos hari kedua = IDR 490,000 ~ RM135
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Hari ketiga:
- Kami packing siap2 semua barang untuk move hotel di Canggu selepas cover area Ubud
• Uma Pakel Bali (Luwak Coffee)
- Takde entrance fee & nak rasa coffee dan teh pun FREE je
- Tapi kami order Premium Luwak Coffee, saja nak merasa (IDR 65,000 ~ RM18)
• Tegalalang Rice Terrace
Entrance fee = IDR 20,000/2 pax ~ RM6
- Mas supir ada pesan nanti dekat setiap laluan akan ada orang tunggu, nanti sedekah je antara IDR 5000 (~ RM2) - IDR 10,000 (~ RM3). Time kami pegi panaih lit lit jadi tak turun sampai ke bawah, jadi tak sempat jalan laluan yg ada orang tunggu tu
• Kintamani Mountain View
Entrance fee = IDR 30,000/2 pax (harga local) ~ RM9
- Kalau foreigner IDR 35,000/pax. Kami dapat harga local sbbnya mas supir tolong cover. Kami lunch kat sini, makan sambil tengok view yg super lawa.
• Tirta Empul TampakSiring
Entrance fee = IDR 30,000/2 pax ~ RM9
• Ubud Art Market
- Sini takde entrance fee, tempat shopping heheh
Lunch: Batur Sari Restaurant (buffet). Dinner: Bebek Joni
Total hari ketiga = IDR 145,000 ~ RM40
- Selepas dah jalan-jalan semua tempat kat atas ni, kami terus minta mas supir hantar ke hotel di (Omah Biu,Canggu) dari Ubud. Sebab malam baru nak check in hotel di Canggu, kami memang saja booking hotel biasa-biasa je sbb stay situ tak sampai 12jam pun.
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Hari keempat:
- Kami dah tak ambil servis supir, suami nak merasa bawak scooter di area Canggu heheh. Naik GrabCar dari Omah Biu ke Zoe Villa Canggu IDR 14,000 (~ RM4). Kami sewa scooter dekat villa tu je.
Sewa scooter @ Zoe Villa Canggu
= IDR 70,000 ~ RM20 (24jam). Minyak = IDR 20,000 ~ RM6
• Krisna Oleh-Oleh Khas Bali
• Canggu Beach
- Bayar parking scooter IDR 2,000 ~ RM0.60
• Bali’s Banana
Lunch: Ayam Bakar Wong Solo. Dinner: Ayam Penyet Surabaya
Total hari keempat = IDR 106,000 ~ RM30
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Hari kelima:
Lunch: Warung Bintang - Canggu
- Naik GrabCar dari Zoe Villa Canggu ke Ngurah Rai International Airport IDR 78,000 + IDR 4,000 (tol) = IDR 82,000 ~ RM23
Total hari kelima = IDR 82,000 ~ RM23
=================
Jadi, semua kos termasuk penginapan + supir + entrance fee = RM1038 (tak termasuk makan minum & shopping)
Ini pula antara tips berguna yang boleh digunakan jika anda ingin merancang untuk berbulan madu di Bali:
- Dah cakap ni honeymoon kan, so itinerary kat atas semua untuk berdua. Jadi kalau nak tahu entrance fee untuk seorang, boleh bahagi 2 dari harga diatas.
- Tempat-tempat yg nk pegi tu, kami yg list sendiri pastu bg dekat supir, bukan supir yg list kan, supir cuma tolong susun nk pegi mana dulu supaya satu hala je semua
- Kami check-in 3 hotel berlainan sebabnya nak jimatkan masa perjalanan (2 malam di Ubud, 2 malam di Canggu)
- 3 malam kami check-in hotel biasa2 sahaja di (Ubud 2mlm, Canggu 1mlm) sebab balik hotel mmg dah malam untuk tidur je
- Hotel kami dah booking & bayar dari Malaysia je. Kami booking di apps Traveloka (Nang Ade House,Ubud & Omah Biu,Canggu) pastu apps Agoda untuk (Zoe Villa Canggu)
- Majoriti di Bali beragama Hindu, yg beragama Islam minoriti je
- So, susah sgt nak cari makanan halal jadi lebih baik ambil supir muslim, nanti senang minta supir je bawak ke kedai makan halal @ boleh bawa makanan ready-to-eat je dari Malaysia
- Simcard kami beli dari Malaysia je di apps KLOOK. Recommended sgt sebab senang nanti sampai airport staff klook dah ada tunggu & servis sangat laju. Tak sampai 10minit uols terus boleh update story di instagram.
- Download apps KLOOK di apple store @ playstore
- Sign up
- Nanti sebelum proceed bayar, masukkan PROMO CODE (NJ76D) dgn minimum pembelian RM50
- Nanti dapat diskaun lagi RM13.30 untuk siapa yg pertama kali guna apps KLOOK ni
Simcard ni kami guna utk 5 hari. Hari-hari update story di instagram & scroll instagram facebook tak habis kuota pun. Duk dalam hutan di Lempuyang Temple pun line laju jer takde masalah.
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Image via Intanabila Bazli / Facebook
Untuk pengangkutan dan lain-lain pula, boleh ikuti tips di bawah:
- GrabCar/uber/Gojek sgt LIMITED area Ubud. Kalau area Canggu takde masalah
- Kalau nak naik GrabCar dari hotel ke Ngurah Rai Airport pastikan driver tu takde markup harga ye sebabnya kami try 4 kali baru dapat driver yg tak markup harga dari apps Grabcar tu. Dekat apps tulis IDR 78,000 (tak termasuk tol), dia markup jadi IDR 250,000. Amboooiiii
- Lubuk ‘rattanbag’ di Ubud Art Market ye, kat sini kena pandai nego. Harga sangatlaa murah. Nak tahu harga, kena pi dulu heheh
- Kalau nak beli baju macam ‘I LOVE BALI’ jangan beli di Ubud Art Market, mahal! Sila beli di Krisna Oleh-Oleh Khas Bali
- Kalau yg nak pegi dengan kawan-kawan boleh juga ikut itinerary diatas, harga tiket semua sama je
- Wajib beli ‘kek pisang versi Bali’ di Bali’s Banana. Memang sedapppp! Kami beli flavor blueberry ( IDR 35,000) & choco ( IDR 35,000)
- Last day di Bali, kami mmg taknak kemana-mana sebab sayang nak tinggal Zoe Villa Canggu. Recommended sgt untuk sesiapa nk merasa duk villa siap ada private pool
- Cari supir yg orang lain dh bagi review bagus. Ohhh yaa, supir kami memang terbaikkkk & pandai ambil gambar! Dan harga servis dia antara yg termurah. Kalau tak caya boleh survey dulu sebabnya sy pun buat benda yg sama sebelum booking heheh.
FB : Arik Mahesa Balines
WA : +62 878 61851909 (Mas Arik)
- Last sekali, ukurlah budget di poket sendiri.
P/s : boleh share post ni dgn suami/bakal suami/tunang/kawan-kawan yg nak kawen. Ehhh yg single pun boleh je pegi Bali dgn kawan-kawan. Syokkkkk.
Sumber: Facebook Intanabila Bazli
Baca juga artikel travel lain hanya di SAYS Seismik:
Murahnya hotel di Bali! :O
Leave a comment