seismik

Dengan Bajet ‘Ciput’ RM1.5k, Empat Sekawan Ini Jelajah Bumi Perth Selama Seminggu. Murah!

Buat anda yang pertama kali ingin berkunjung ke Perth, boleh ikuti itinerari ini. Memang lengkap!

Cover image via Cikgu Mis Fana / Facebook

Cuti sekolah hujung tahun nanti anda semua dah ada rancangan ke untuk berjalan ke mana-mana? Jika belum, bolehlah consider untuk ke luar negara pula. Perth, Australia pun best juga tau.

Mungkin ramai yang menyangka bahawa Perth, Australia adalah satu tempat yang membosankan. Sebenarnya tidak. Anda perlu terokai tempat ini dengan sendiri, barulah tahu.

Namun begitu, jika ini merupakan kali yang pertama anda berkunjung ke Perth, pastikan anda tahu lokasi yang ingin dituju dan aktiviti yang ingin anda lakukan bersama keluarga.

Seperti biasa, jika melancong, mestilah anda inginkan bajet serendah yang mungkin bukan?

Image via Metro

Oleh itu, anda boleh ikuti itinerari lengkap dengan expenses ketika di Perth termasuk tiket penerbangan yang dikongsikan oleh seorang wanita iaitu Mis Fana. Memang murah sangat!

Baca perkongsian penuh di bawah:

Dengan bajet 'ciput' pun boleh sampai Perth. Bukan biasa-biasa tau.

Tiket penerbangan: RM650
Homestay: RM205
Sewa kereta 4 hari plus GPS: RM235
Visa: RM20 

Expenses di Perth: RM380

+ Minyak kereta: $20

+ Train & bus: $25
+ Kailis: $17
+ Charcoal chicken: $16
+ Barang-barang masakan di Coles: $20
+ Pinnacle: $12 per car ($3 sorg)
+ Sandboard: $10

TOTAL: RM1490

NOTA: Tips jimat - Pergi 4 orang.

Pengiraan berdasarkan trip 4 org. Total expanses kereta, homestay, entrance fee pinnacles, barang-barang masakan semua dibahagi 4 org. Okay ni perjalanan yg tak pegi zoo, tak tgk kangaroo. More kepada trip yg menghayati keindahan bumi Perth.

Hari pertama:

Hari pertama, sampai Perth pukul 4 ptg. Sampai bahagian imigresen, kami kena check beg dgn pegawai kt sini. Maybe sebab ktorang declare bawa brg makanan, so dia check very detail dlm beg ktorg. Tp alhamdullilah lepas je semua, segala brahim, serunding, sambal belacan, magie, milo, tuna dan lain2. Hehe.

Kat airport, terus pegi beli simcard optus. Harga $15 utk 7hari, sehari dpt 1GB. Lepastu pegi solat kat surau yg terletak sebelah kiri bila keluar dr arrival gate tu. Surau tu cmpur laki perempuan so jgn terkejut kalau nmpak laki/pompuan dlm tu.

Selesai je solat, terus kluar dr airport dan menuju ke homestay pertama kami area Minland. Tempah guna Airbnb waktu kat Malaysia, dlm 2 mggu sebelum berlepas. Agak lewat tempah sebenarnya so harga mahal sikit. 1 malam dlm RM280 cmtu, tp still ok sbb duduk 4 org.

Ada 2 option nak pegi ke homestay kami area mindland (jauh sikit dr perth city)
1) Naik uber ($28 per car, activate guna kredit card, xleh guna cash)
2) Naik bas ($4.7 per person valid utk semua public transportation within 2hours)

Last skali kami pilih option 2. Naik bas sbb takut nak spent, yelah br 1st day kann. Hihi. Sampai homestay, masak2 then prepare utk tido.

Hari kedua:

Jalan-jalan area Perth City, Fremantle guna public transport (bus & train). Ktorg beli a day pass berharga $12.8.

Ni list tempat yang kitaorang pergi:

1) King Park Botanical Garden (jalan kaki merentas hutan jauh gakla dlm 5km ada kot)
2) Kailis (makan fish n chip famous)
3) Fremantle City & Beach
4) Elizabeth Quay
5) Perth cbd 
6) Usha perfume dekat chemist warehouse area fremantle
7) Beli barang-barang makan utk masak kat coles fremantle (coles ni yg tesco kita kt malaysia, ada byk cawangan)

Hari ketiga:

Check out homestay area minland dan terus ke aries car rental yg terletak di 166 adelaide terrace. After byr booking dgn sewa gps, kami pun terus bergerak round perth city dan fremantle. Planning asal nak ke Pinnacles tp disebabkan dh lewat kami buat kputusan utk pegi sana next day je. Di Perth, pkul 5.42 ptg dh gelap, dan kita mmg dinasihatkan utk tidak memandu di area luar bandar after pukul 5 sbb time tu kangaroo tgh aktif. Takut kemalangan.

Ini list tempat kitaorang pergi pada hari ketiga:

1) Blue Boat House. FOC.

Ktorg parking area university yg berdekatan, risau sbb byk dgr kes keta kena pecah area kawasan blue boat house tu. Kalau nak ke sini better pegi awal pagi utk dptkan gmbr yg cantik dan juga xramai org time tu. Time kami pegi tu ramai gak org tgh beratur al maklum lah haritu ada convocation lak university yg sbelah tu lak..

2) Fremantle Market. (Buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je).

Buka hanya JUMAAT SABTU AHAD SHJ. So sesiapa yg planning nk beli souvenir tu boleh beli siap2, jgn jadi mcm kami plan nak beli time nak balik hari isnin rupanya tutup! Nangis tepi buku katil. Dalam ni ada org jual makanan, buah buahan, sayuran, souvenir boleh beli kt megabes ada dlm fremantle market ni jugak.

3) Eshed. (Buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je).

Tempat beli souvenir jugak sama macam fremantle market. Tlgla beli tshirt, hoodies Aussie serius murah. Coklat Aussie pun sedap!

4) Singgah coles dan terus check in homestay yg kedua. Fuhh lawa rumah ni.

Hari keempat:

Check out dan terus drive ke:

1) Pinnacles (200+ km dr homestay kami, 197km dr Perth city)
Lawa gila tempat ni. Macam kat padang pasir. Bayaran $12 per car.
2) Lancelin Sand Dunes (sand boarding)
Kat sini sewa 1 sand board harga $10 utk 2jam. Boleh la try main sand boarding ni sebab pasir dia halusss yakmat! Rasa smooth je bila luncur tu.
3) Yanchep
4) Singgah pantai area lancelin utk berkelah makan.
5) Spudshed, Innaloo. Tempat beli brg2 utk masak, again lebih kurg macam tesco jugak. Lepastu kami terus ke rockingham utk check in homestay ketiga.

Hari kelima:

Drive tengok keindahan alam. Ya Allah sumpah lawa tempat-tempat ni. Dalam perjalanan nak ke tempat-tempat ini pun dah sgt lawa.

1) Rockingham City
2) Lake Cliffton. Ini exact location: https://maps.google.com/?q=-32.745487,115.655342
3)
Bunbury
4) 
Busselton Jetty

Hari keenam:

Cari souvenir. Pergi balik dekat Megabes di Malaga tapi dah tutup rupanya! So alternative lain utk beli souvenir pada hari Isnin adalah di Barrack Street. Nama kedai Australia the gift.

Ada 3,4 kedai jual souvenir, tshirt sama mcm Megabes, tp ofcos mahal sikit. Still okay kalau nk beli tshirt, keychains dan fridge magnet. Harga lebih kurang tapi kalau sweater harga jauh lebih mahal dr Megabes.

Jgn lupa kalau sampai Malaga singgah makan di Chicken Charcoal Daniella, sedap! Kedai org Malaysia. Harga sepinggan dalam $16.

Hari ketujuh:

Flight balik KL. Time kat airport jgn lupa claim GST lepas dh masuk departure. Syarat nak claim, beli brg lebih $300 dalam 1 kedai yg sama. Byk resit tak apa janji kedai sama.

Murah je bukan? Tapi pastikan anda bawa 4 orang ya untuk ke Perth, Australia dengan menggunakan bajet ciput ini. :)

Happy holiday!

Image via Giphy

Sumber: Pakej Percutian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Maldives jom korang? :)

Ikuti tips ini untuk beli tiket penerbangan murah-murah. Kena pandai ya!

Pernah cuba untuk travel solo? Boleh ikuti tips ini:

You may be interested in: