7 Hotel 'Photo Worthy' Di Bali Bawah RM150/Malam Ini Memang Murah & Berbaloi Untuk Semua
Hujung tahun ni bolehlah plan untuk ke Bali bersama keluarga atau yang tersayang. :)
1. Brown Feather Hotel @ Seminyak
Bila masuk je hotel ini, vibe yang akan anda terima adalah seolah-olah kembali ke zaman 70-an. Sangat unik dan pastinya 'instagrammable'. Jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak.
Alamat: Jl. Batu Belig No. 100, Kerobokan, 80361 Seminyak, Bali.
Harga: RM140/malam.
2. Koa D Surfer Hotel @ Canggu
Hotel ini sememangnya mempunyai keunikan tersendiri. Dengan temanya yang terletak di tepi pantai. Dekorasi hotel ini juga bakal membuatkan anda tertawan kerana ianya dihasilkan menggunakan pasir pantai.
Alamat: Jl. Pantai Berawa Gang Sri Kahyangan No. 88, Berawa,, Canggu, North Kuta, Badung Regency, Bali 80361, Indonesia.
Harga: RM141/malam.
3. Cara Cara Inn @ Kuta
Hotel ini pula sememangnya menjadi kegilaan ramai pelancong. Ini kerana lokasinya sangatlah cantik dan setiap sudut juga memang instagrammable. Jika anda ke Bali bersama rakan-rakan, hotel ini memang sesuai.
Cantik sangat!
Alamat: Jalan Kahyangan Suci, Lingkungan Pande Mas, Kelurahan Kuta, Kecamatan Kuta, Kabupaten Badung, Bali, 80361 Kuta.
Harga: RM105/malam.
4. Love F Hotel Bali by Fashion @ Kuta
Hotel ini memang A+!
Cantik dan nampak ekslusif. Jika anda ke Bali atas urusan kerja mahupun bercuti, anda boleh cuba untuk tinggal di hotel ini. Design yang begitu unik dan mewah. Setiap sudut boleh bergambar!
Alamat: Jl. Raya Legian II No.121, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia.
Harga: RM150/malam.
5. Grandmas Plus Hotel @ Seminyak
Hotel yang membawa tema modern minimalis ini akan membuatkan anda terpukau. Di hotel ini memang tak sah jika anda tidak bergambar untuk #ootd (outfit of the day). Macam-macam angle boleh buat, mesti cantik sangat!
Alamat: Jalan Camplung Tanduk 99, 80361 Seminyak.
Harga: 111/malam.
6. Fontana Hotel @ Kuta
Hotel ini dikatakan telah dikunjungi oleh beberapa orang artis terkenal. Mana tidaknya, tema modern dan mewah ini sangat sesuai untuk anda yang menginginkan percutian yang lebih relax. Nak tangkap gambar pun memang cantik, setiap sudut begitu menawan.
Alamat: Jl. Dewi Sri No. 68, Legian - Kuta.
Harga: 123/malam.
Jom bercuti di Bali? ;)
p/s: Jangan lupa untuk posing cantik-cantik di salah satu hotel yang anda pergi ya! :D