seismik

Pulau Magikal Ini Hanya Terletak Di Bali. Ini Cara & Tips Untuk Pergi Dan Alaminya Sendiri

Salah satu tempat paling hot dan paling trending masa kini!

Cover image via TSG #KasiJadi

Image via wp.com

Semenjak dua menjak ni populariti Nusa Penida semakin mencanak naik dikalangan travelers dari serata dunia. Mungkin kalau 2 tahun lepas, tak ada orang pernah dengar nama Nusa Penida. Tapi sekarang dah jadi lain. Rata-rata pelancong yang pergi ke Bali pastinya tak nak lepaskan peluang untuk melawat ke pulau magikal ini.

Nusa Penida merupakan salah satu daripada 3 gugusan pulau Nusa - Nusa Lembongan, Nusa Ceningan, dan Nusa Penida - yang terletak di bahagian tenggara pulau Bali.

Image via Google Maps

Dari Bali, masa yang diambil untuk ke Nusa Penida adalah lebih kurang 50 minit dengan speedboat.

Macam mana nak pergi? Meh sini saya cerita kat bawah.

1. Sebenarnya, tak susah pun nak pergi ke Nusa Penida

This is how I did.

Masa tu saya ada kat Bali dan memang dah decide nak pergi ke Nusa Penida untuk buat daytrip. Cuma masa kat Bali, saya masih tak tahu macam mana nak pergi dan tak tahu nak ambil pakej mana.

Sehari sebelum pergi, barulah saya sibuk nak buat research bagai, cari contact number, dan bandingkan harga sampailah jumpa pakej yang paling murah. Kelam kabut jugaklah sebenarnya.

Image via TSG #KasiJadi

Tak perlu pergi kaunter ke kaunter untuk dapatkan pakej murah. Simply use Instagram!

Apa yang saya buat, saya bukak Instagram, lepas tu mula search guna hashtag #nusapenidatour. Kat situ muncul berlambak-lambak pakej yang korang boleh pilih.

Lepas dah scroll, saya pun jumpalah beberapa pakej yang nampak menarik seperti:

Nusa Penida Fun Trip tawarkan harga yang padu!

Image via Instagram #nusapenidatour

Sama jugak macam Nusa Penida Promo. Ini memang antara yang paling murah.

Image via Instagram #nusapenidatour

Tapi...

Ada beberapa tips penting yang korang wajib tahu sebelum beli mana-mana pakej iaitu:

1. Lagi ramai pergi, lagi murah harga.
2. Harga yang dipaparkan hanya untuk warganegara Indonesia.
3. Untuk pelancong luar, harga akan jadi lebih mahal.
4. Berapa mahal? Yang itu depends pada tour yang jual tu lah. Ada yang cas ekstra sampai 200,000 rupiah satu kepala. Yup!

2. Akhirnya jumpa jugak pakej dengan harga paling cun!

Nusa Penida is calling!

Image via TSG #KasiJadi

Mana-mana pakej yang saya jumpa, terus saya ambil nombor telefon dan hantar mesej kat WhatsApp untuk tanya pasal harga. Rasanya, ada dalam enam nombor jugaklah yang saya contact. Semua pun bagi harga yang lebih kurang sama.

Tapi setelah bernegosiasi dengan semua, saya berpuas hati dengan pakej dan harga yang ditawarkan oleh Wisata Nusa Penida dan terus book dengan diorang tanpa menoleh ke belakang. Harga yang diorang display kat Instagram ialah 550,000 Rupiah satu kepala kalau pergi dua orang. Tapi disebabkan saya ni WNA (Warga Negara Asing), kena tambah lagi 75,000 Rupiah.

So, harga yang saya kena bayar ialah 625,000 Rupiah (RM175) untuk satu kepala atau 1.25 Juta Rupiah (RM350) untuk dua kepala.

Ni haa.

Image via Instagram @wisatanusapenida

Okay sangat dah harga tu sebenarnya. Sebab pakej RM175 ni boleh kata complete dan dah termasuk semua seperti:

1. Boat transfer pergi balik (Bali - Nusa Penida - Bali)
2. Supir dan pengangkutan di Nusa Penida (naik van ada aircond)
3. Tiket masuk ke semua tempat yang kita pergi
4. Lunch and mineral water

Senang cerita, lepas dah bayar, dah tak payah fikir apa dah. Tinggal nak enjoy je dan ambil gambar sampai lebam.

3. Let's hit it. To Nusa Penida I go!

Dari Kuta, saya mula bergerak ke Jeti Sanur seawal jam 7.15 pagi. Dalam 40 minit jugaklah masa perjalanan nak ke sana, termasuk singgah McDonalds drive-thru. Kena sampai awal sebab bot akan gerak dalam pukul 8.30 pagi, bergantung pada keadaan air laut (pasang atau surut).

Kuta ke Sanur.

Image via Google Maps

Macam ni je jetinya. Ada berlambak kaunter tiket bot untuk ke Nusa Penida, in case kalau korang datang tapi tak book lagi.

Image via TSG #KasiJadi

Tak nak cerita banyak pasal jeti. Sampai je saya terus pergi ke kaunter Crown Fast Cruises seperti yang diberitahu oleh wakil Wisata Nusa Penida dalam WhatsApp, ambil tiket, dan kemudian tunggu masa untuk bot bertolak.

Rasa confident bila tengok pekerja Crown Fast Cruises ni sebab semua pun pakai uniform rasmi ala-ala pilot. Kemas dan segak! Bukan cincai punya company lah hehe.

Kaunter Crown Fast Cruises.

Image via TSG #KasiJadi

Jom naik bot! Sampai ke lutut jugaklah paras air masa nak naik bot ni.

Image via TSG #KasiJadi

Speedboat yang sangat selesa dilengkapi dengan leather seats.

Image via TSG #KasiJadi

Selepas perjalanan selama 50 minit, saya selamat sampai di Nusa Penida. Excited!

4. Hello Nusa Penida!

Jeti di Nusa Penida juga sangat basic.

Image via TSG #KasiJadi

Sampai di Nusa Penida, saya disambut mesra oleh seorang supir yang dah terpacak di jeti dengan tanda nama saya. Terus segera saya dibawa masuk ke dalam van muatan 8 orang untuk ke destinasi pertama iaitu Angel's Billabong.

P/S: Walaupun pergi dua orang je, diorang tetap akan pakai van besar untuk 8 orang. Kalau reti bawak motor, sewa je motor. Jauh lebih murah dan lagi cepat nak pusing pulau.

Tapi terkejut jugaklah mula-mula bila pak supir cakap perjalanan nak pergi ke Angel's Billabong memakan masa sejam setengah. Masa tu saya macam, "Haa? Biar betul?!" Sebab kalau tengokkan peta Nusa Penida ni, tak ada lah jauh mana dari satu tempat ke satu tempat.

Ce tengok peta kat bawah ni:

Image via Google Maps

Kalau ikut kiraan kasar, jarak di antara jeti dengan Angel's Billabong mungkin dalam 10 kilometer je kot, atau kurang. Itu pun kalau jalan straight lah.

Tapi rupanya, Nusa Penida ni tak ada langsung jalan ikut tepi laut atau jalan lurus yang proper. Semuanya kena masuk dalam pulau yang penuh hutan belukar, semak samun, hutan tebal, dan kena lalu jalan bukit-bukau yang tak berkesudahan dan rosak teruk. Serius, dah rasa macam naik roller coaster bergoyang sana-sini sepanjang masa. Senang cerita, kepala boleh terhantuk kat cermin van bila-bila masa kalau tak berhati-hati.

Keadaan jalan di keseluruhan pulau Nusa Penida memang tak elok. Lebih baik sediakan satu beg plastik kosong just in case kalau nak termuntah.

Macam inilah jalan di Nusa Penida. Kecik, berlubang, dan tak elok. Dalam gambar nampak macam okay. Lol.

Image via TSG #KasiJadi

5. First stop, the amazing Angel's Billabong!

Setelah bergoyang ke kiri ke kanan ke depan ke belakang ke atas ke bawah selama sejam setengah, akhirnya sampai jugak di lokasi yang dituju.

Dalam pada kepala masih bergegar dan pening-pening manja, saya turun dari van untuk menapak bersama supir ke Angel's Billabong yang berada sangat berdekatan. Kena turun tangga sikit je. Tapi sebelum sampai, mata akan disaji dengan pemandangan tebing-tebing tinggi indah yang dipukul ombak Lautan Hindi yang sangat biru warnanya. Fuuhh lawa!

Ambil gambar kat cliff dulu sebelum turun ke Angel's Billabong kat bawah tu.

Image via TSG #KasiJadi

Tapi kena hati-hati sebab batu-batu kat sini tajam-tajam semuanya. Better pakai kasut lah kot sebab selipar senang-senang je boleh putus kalau silap langkah.

Lepas tu, turun lagi sikit tangga ke bawah and voila!

Behold, the amazing Angel's Billabong, nature's very own infinity pool!

Tadaa!

Image via TSG #KasiJadi

Masa mula-mula sampai, rasa macam tak percaya bila dapat tengok keindahan tempat ni dengan mata kepala sendiri. Dia punya lawa memang sebijik sama macam dalam gambar yang korang tengok kat Instagram atau Google. Sebijik!

Dengan air laut jernih bak kristal dan kolam warna hijau emerald memukau, memang susah untuk lepaskan pandangan dari infinity pool ciptaan Tuhan ni. Nak stop ambil gambar pun susah. Tak boleh nak lepaskan kamera dari tangan.

Tanpa membuang masa, saya pun turun tangga kecil tu untuk masuk dan rasai sendiri pengalaman berenang-renang di Angel's Billabong. Tak sangka masa sampai ni belum ramai orang lagi jadi kolam tu masih kosong.

Mat Salleh ni orang pertama yang rasmikan.

Image via TSG #KasiJadi

Bila dah masuk tu, jangan pergi jauh sangat sampai ke hujung. Cukuplah sampai ke kawasan tengah je. Sebab kadang-kadang ombak kuat datang dan pukul tempat tu. Kalau berdiri kat hujung, confirm akan jadi arwah lah cerita dia. So, sama-sama elakkan.

Berenang kat Angel's Billabong ni seronok sebab air dia tak masin dan tak memedihkan mata. Dah rasa macam mandi dalam swimming pool pun ada. Tak perlu risau kalau tak bawak goggle sebab boleh menyelam sambil buka mata tanpa was-was.

Image via TSG #KasiJadi

Tak lama lepas tu, tiba-tiba dah ramai orang.

Image via TSG #KasiJadi

6. Next, the wonders of Broken Beach!

YES!

Inilah tempat yang paling saya teringin sangat nak pergi. Broken Beach ni terletak bersebelahan dengan Angel's Billabong yang hanya memerlukan beberapa tapak untuk sampai. Langkah demi langkah disusun, perasaan excited gila masa tu hanya Tuhan yang tahu. Tazzabarr nak tengok dengan mata kepala sendiri!

Bila dah sampai, mata terus disajikan dengan pemandangan ajaib ini:

Voilaa!

Image via TSG #KasiJadi

Fuuhhh memang speechless terus masa ni. Tak sangka, tempat yang saya idam-idamkan untuk pergi selama ini, yang saya hanya mampu tengok gambar di Google dan di Instagram, kini dah ada di depan mata.

Ajaib betul Broken Beach ni. Macam mana tiba-tiba boleh ada lubang besar dengan air laut menghijau macam ni? Tiada siapa yang tahu.

Pemandangan Broken Beach dari atas. Serius magik!

Image via Nusa Penida

Bila baca mitos, agak panjang juga ceritanya. Long story short, ada kisah pasal seekor lembu yang secara tiba-tiba muncul di perkampungan kat situ. Orang kampung terus tangkap dan sembelih untuk jadikannya sebagai sajian ramai.

Setelah jamuan selesai, datang pula seorang anak kecil yang mencari haiwan ternakannya yang hilang. Bila ditanya pada orang kampung, tak ada siapa yang mengaku lembu itu telah disembelih.

Untuk mencari kebenaran, anak kecil itu cucuk sebatang lidi di tanah dan meminta orang kampung untuk mencabutnya. Kalau ada yang mampu cabut, maka benarlah apa yang orang kampung cakap. Orang kampung dengan angkuhnya cuba mencabut lidi itu, tapi tak ada seorang pun yang mampu.

Dia yakin bahawa orang kampung telah menipu, dan kemudian mencabut lidi tersebut. Maka terjadilah satu gempa bumi yang mengakibatkan tanah runtuh. Tak ada seorang pun yang selamat.

The end.

Jyeah!

Image via Instagram @farouq.johari

Pergi Broken Beach ni kalau ada drone mesti lagi padu. Boleh ambil aerial shots yang lawa-lawa, pastu terbang ke tepi sikit terus jumpa Angel's Billabong. Rasa rugi sangat sebab tak ada drone. Maklumlah tak cukup kaya.

Sebenarnya kan, tak tahu nak explain apa lagi sebab tempat ni memang teramat cantik dan tersangat ajaib. Layan jelah gambar-gambar kat bawah ni:

Can't take my eyes off you.

Image via TSG #KasiJadi
Image via TSG #KasiJadi

7. Third stop, the magnificent Kelingking Beach!

Selepas bergegar macam gempa bumi lagi selama lebih kurang satu jam dalam van, saya selamat tiba di Kelingking Beach. Di sini juga tempat untuk makan tengahari (provided dalam pakej). Jadi sebelum layan pemandangan Kelingking beach yang indah bak syurga, saya lunch dulu di salah sebuah kedai kat situ.

Ada banyak juga kedai, tapi terpulanglah kepada supir nak bawak ke kedai yang mana satu. Ikut je. Makanan semua lebih kurang sama. Kalau nak selamat order je Nasi Goreng sebab tak ada sebarang daging ayam atau lembu atau lain-lain.

Ini kedai.

Image via TSG #KasiJadi

Ini dia Nasi Goreng. Very basic tapi cukup. Untuk air pulak, ada macam-macam pilihan minuman yang korang boleh pilih.

Image via TSG #KasiJadi

Perut kenyang, hati pun senang. Apa lagi, ke Kelingking Beach ke kita!

Hanya beberapa langkah daripada tempat makan, saya cukup terpesona dengan apa yang saya lihat selepas itu. Simply breathtaking!

Amek kau!

Image via TSG #KasiJadi

Cantik gila boleh tak! Ramai Mat Salleh yang menggelar Kelingking Beach ni sebagai pantai paling cantik yang wujud di planet bumi. Well, lepas lihat dengan mata kepala sendiri, saya pun rasa nak setuju dengan mereka!

Dengan tebing tinggi penuh kehijauan yang agung, siap ada kepala T-Rex terjulur ke kawasan laut, dihiasi pulak dengan air laut turquoise jernih bak kristal, ditemani tiupan angin sepoi-sepoi bahasa melambai, diserikan lagi dengan pantai pasir lembut putih seputih Qu Puteh, tiada apa lagi yang boleh dikatakan tentang kesempurnaan Kelingking Beach ini. Memang WOW!

Kalau nak lagi best, boleh turun ke bawah pantai tu untuk mandi manda, sambil dapatkan gambar yang lebih padu yang pastinya akan memberi likes yang banyak di Instagram dan FB.

Kalau rajin, menapaklah sampai bawah.

Image via cloudfront.net

Dah sampai bawah, boleh amek gambar macam ni. Confirm banyak likes!

Image via Instagram @alec_basanec

Dari atas ni, orang nampak macam semut je.

Image via TSG #KasiJadi

Nasihat saya, spend lah lebih masa kat Kelingking Beach ni sebab sememangnya berbaloi. Daripada ambil gambar dari atas je, apa kata pergi turun all the way down sampai pantai tu untuk berehat dan mandi manda. Barulah seronok! Bila lagi nak ada experience mandi kat situ. Nak datang pun bukan senang.

Cuma... kadang-kadang supir macam nak tak nak je. Sebab lepas ni ada lagi satu tempat nak kena pergi sebelum bergerak ke jeti. So, agak rushing di situ. Okay, layan gambar lagi.

Kepala T-Rex yang comel.

Image via TSG #KasiJadi

Tebing tinggi yang gah.

Image via TSG #KasiJadi

Diambil dengan iPhone 8 Plus. Lol.

Image via Instagram @farouq.johari

8. Last stop, Crystal Bay yang emm... okaylah bolehlah.

I don't know about other people, tapi pada saya, Crystal Bay ni macam tak ada apa yang special pun. Ia hanya sebuah pantai dengan air laut biru yang cantik dan jernih. Boleh mandi manda kat sini tapi ombak dia agak kuat jugaklah. Rasa macam tak selamat pun ada.

Mungkin sebab masa saya pergi tu hujan kot, dan dah petang. So, bila cuaca tak terik, kurang cantik sikitlah tempat tu. Ambil gambar pun macam hmmm... suam-suam kuku sangat pemandangan.

Suam-suam kuku part 1.

Image via TSG #KasiJadi

Suam-suam kuku part 2.

Image via TSG #KasiJadi

Macam saya cakap tadi, lebih baik spend masa lebih sikit kat Kelingking Beach untuk menapak sampai ke bawah dan mandi di pantai situ, daripada rushing untuk pergi ke Crystal Bay yang agak sendu ni. Rasa macam rugi pulak bila fikir balik.

Sini tak payah pergi pun takpe kot. Entahlah. This is just my opinion. Mungkin ada orang yang tak setuju.

Sedikit tips yang saya rasa penting:

Lupa pulak nak cerita. Pohon Cinta ni ada kat Kelingking Beach. Nak ambil gambar kat sini kena beratur sebab ramai orang. Hehe.

Image via TSG #KasiJadi

1. Bawak tuala dan satu pakaian mandi. Confirm akan basah.

2. Sediakan plastik siap-siap. Perjalanan naik van kat sini tak kelakar langsung dan mampu buat orang termuntah anytime! Oh, bawak air mineral juga.

3. Please be punctual. Kalau bot kata 8.30 dia gerak, 8.30 lah dia gerak. Bukan 8.30 baru terhegeh-hegeh nak naik bot.

4. Better buat trip 2 hari 1 malam kat sini. Kalau daytrip macam ni dapat cover sama ada west side atau east side sahaja. Itu pun tak dapat pergi semua tempat. Yang saya pergi ni west side.

5. Jangan tertipu tengok peta Nusa Penida yang nampak macam kecik dan dekat-dekat semuanya. Jalan kat sini penuh hutan, semak samun, dan berbukit-bukau all the way. Jarak 10km boleh ambil masa sejam lebih. Serius tak tipu.

6. Bot terakhir biasanya pukul 4.30pm, sebab tu agak rushing sikit kalau buat daytrip. Jadi pandai-pandailah bajet masa ya.

Okay! Dah boleh start buat plan pergi Nusa Penida. :)

Image via TSG #KasiJadi

Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!

TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!

A post shared by TSG #KasiJadi (@tsgkasijadi) on

Apa lagi tempat trending yang korang kena tahu? BACA SINI:

Bila dah pergi overseas, jangan lupa aktifkan kad bank ya:

You may be interested in: