Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

'Federal Highway' Bakal Ditutup Secara Berperingkat Bagi Tujuan Kerja Pembinaan LRT3

Projek LRT3 yang menelan kos sebanyak RM4.7 bilion.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penutupan lorong dan lencongan trafik akan dilakukan di Lebuhraya Persekutuan, bertentangan stesen minyak Petronas dan Shell (arah Kuala Lumpur dan Klang) bagi kerja pembinaan berkaitan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3)

Kerja-kerja pembinaan akan bermula dari 5 hingga 20 Julai ini. Kontraktor projek, Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd (SULRT3), memaklumkan penutupan lorong dan lencongan trafik itu akan dilakukan bermula jam 11 malam hingga 5 pagi, membabitkan tiga peringkat.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, bagi peringkat pertama, lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (arah Klang) akan ditutup dari 5 hingga 6 Julai ini.

Dalam tempoh penutupan itu, satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menghala ke Klang.

"Bagi peringkat kedua, laluan cepat di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur dan Klang) akan ditutup dari 12 hingga 13 Julai.

"Semasa penutupan, dua lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke arah Kuala Lumpur dan Klang.

"Bagi peringkat tiga, lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur) akan ditutup dari 19 hingga 20 Julai, dan satu lorong akan disediakan untuk pemandu yang menuju ke Kuala Lumpur," kata mereka. 

Untuk peringkat pertama, lorong paling kiri dan tengah Lebuhraya Persekutuan (arah Klang) akan ditutup dari 5 hingga 6 Julai ini.

Image via Berita Harian

Untuk peringkat kedua, laluan cepat di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur dan Klang) akan ditutup dari 12 hingga 13 Julai.

Image via Berita Harian

SULRT3 berkata, lencongan itu dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kepada orang ramai," katanya.

Untuk sebarang pertanyaan umum, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LRT3 di 1 800 18 2585 dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, tidak termasuk cuti umum.

Projek LRT3 yang membabitkan kos RM4.7 bilion, dibina bermula di Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, Selangor, bakal memberikan manfaat kepada dua juta penduduk.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment