Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Belajar Tak Pandai, Lelaki Ini Gigih Buat 3 Kerja Demi Bantu Ibu & Adik-Beradik. Tabik!

Tak ramai yang sanggup buat sampai 3 kerja...

Cover image via Twitter @ZareppZikry

Ramai graduan masa kini yang mengeluh bahawa kos sara hidup semakin meningkat

Bahkan, ramai juga graduan lulusan universiti yang menganggur dan sukar mendapat pekerjaan seperti yang mereka impikan. Jumlah golongan berkelulusan tinggi tetapi tidak mempunyai kerja, bukan semakin surut sebaliknya meningkat saban tahun.

Bagi mereka, lebih baik tinggal sahaja di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan daripada bekerja bukan dalam bidang mereka dan menerima gaji yang tidak seberapa.

Berbeza dengan pemuda ini yang tampil mengaku dirinya tidak pandai dalam pelajaran, walau bagaimanapun semangatnya tetap tinggi untuk membantu dan membanggakan keluarganya

Muhammad Zhariff Zikry Zainur yang berusia 21 tahun itu telah membuat satu posting di laman Twitter dan berkongsikan kisah dirinya yang membuat tiga pekerjaan demi membantu dan meringankan beban ibu bapa serta adik-beradiknya.

6 hari seminggu, Zhariff akan mula bekerja dari pukul 8.30 pagi dan habis pada pukul 12.00 malam

"Saya bekerja sebagai despatch di syarikat kurier City-Link Express di Kulai, Johor. Apabila sudah selesai menghantar barang-barang City-Link, saya terus ambil barang di syarikat Ninja Van untuk servis penghantaran.

"Pada waktu malam pula, saya kerja sebagai penghantar makanan KFC," kata anak kedua daripada lima beradik itu kepada MStar.

Zhariff (kanan), bersama ibu dan adik-beradiknya.

Image via Twitter @ZareppZikry

Mengakui dirinya bukan daripada keluarga senang, Zhariff melakukan apa yang termampu demi menolong keluarganya.

"Ayah saya hanya bekerja sebagai buruh kasar sementara ibu pula merupakan suri rumah sepenuh masa.

"Saya tahu saya belajar tak pandai dan tak dapat banggakan mak dan ayah saya. Oleh itu, mungkin ini peluang untuk saya meembalas jasa mereka sementara mereka masih ada," ujarnya.

Siapa sangka tweet tersebut telah tular dan berjaya menyentuh hati ramai para netizen

"Saya terkejut selepas melihat tweet saya tersebar di Twitter sebab saya hanya post sekadar untuk suka-suka sahaja.

"Dan saya juga ingin berterima kasih buat semua yang bagi kata-kata semangat pada saya. Saya akan jadikan ia sebagai satu pembakar semangat buat diri saya," tambahnya lagi.

Antara kata-kata positif yang diberi para netizen:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment