Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Jual Daging Salai Kumpul Dana Implan Tempurung Kepala Dapat RM15,000 Daripada PMX

Sebelum ini, lelaki tersebut menjalankan penjualan daging salai di TikTok bagi mendapatkan dana membeli implan tempurung kepala.

Cover image via Harian Metro Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak menyalurkan RM15,000 kepada seorang lelaki yang memerlukan implan tempurung kepala

Menerusi laporan Berita Harian, sumbangan tersebut telah disampaikan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (1CU) Kedah, Zaiton Yahya di rumahnya di Taman Jitra Indah.

Menurut Zaiton, dia telah bertemu lelaki tersebut, Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, selepas mendapat arahan daripada Pejabat Perdana Menteri mewakili Anwar Ibrahim untuk memberikan sumbangan berkenaan.

"Kami doakan semoga dia cepat sembuh dan selamat menjalani pembedahan itu yang dijangka dilakukan Mac ini," kata Zaiton.

Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Kedah, Zaiton Yahya menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Sufi Abdul Aziz.

Image via Berita Harian

Pada mulanya jualan daging salai tidak mendapat sambutan tetapi sejak beberapa hari lepas permintaan dilihat meningkat

Muhammad Sufi sebelum ini menjalankan penjualan daging salai di TikTok bagi mendapatkan dana untuk implan tersebut namun ianya tidak mendapat sambutan sehinggalah beberapa hari yang lalu ramai yang hadir membuat tempahan selepas kisahnya tular.

"Saya pernah menjual daging salai secara langsung di TikTok tetapi tiada sambutan. Namun, sejak dua hari lalu, ramai yang menghubungi saya untuk membuat tempahan selepas kisah saya ditular di media sosial,

"Saya memerlukan RM15,000 untuk kos pembedahan memasang implan tempurung kepala dan ianya sudah cukup.

"Memang pembedahan ini ada risikonya tetapi saya berdoa supaya semuanya berjalan lancar," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment