Lelaki Menyamar Pura-Pura Jadi Askar Sebab Nak Perhatian & Makanan Percuma Ditahan
Dia juga mengaku minat nak jadi tentera.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular kes seorang lelaki memakai baju anggota tentera ditahan berdekatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak
Rupa-rupanya, lelaki itu menyamar menjadi anggota tentera dengan memakai pakaian tentera.
Namun, ada seorang anggota tentera yang mendapati tatacara pemakaian seragam lelaki itu adalah salah.
Anggota itu bertindak menghampiri suspek dan memintanya untuk mengeluarkan kad pengenalan tentera namun lelaki tersebut gagal berbuat demikian.
Image via Sinar Harian
Suspek telah ditahan selepas menerima laporan daripada anggota tentera
Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan terhadap suspek dibuat selepas menerima laporan.
"Tangkapan semula telah dibuat ke atas lelaki itu dan beberapa barang kes dirampas termasuk sepasang baju uniform celoreng digital warna hijau, sepasang kasut taktikal hitam, sehelai kemeja-T dan tali pinggang kancas hitam berkepala besi.
"Siasatan awal, suspek memberitahu dia memakai pakaian seragam tentera di hospital kerana mahu menarik perhatian orang ramai dan untuk mendapat makanan percuma," katanya.
Tambahan lagi, suspek juga menyatakan minatnya untuk menjadi anggota tentera. Suspek memaklumkan bahawa pakaian seragam tentera itu dibeli di sebuah kedai pakaian di Tambun.
Image via Utusan Malaysia
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment