Lelaki Prank Call Suami Orang, Ramai Bengang Dengar Lawak Luc*h Tak Ingat Bini Sarat Hamil
Sanggup ya dia buat macam tu.
Kes curang sememangnya bukanlah satu perkara asing lagi di Malaysia
Sudah ramai yang kantoi dengan pasangan ketika mereka sedang sakan bermain kayu tiga. Kalau tidak kantoi di depan mata, pasti ada orang lain yang nampak kecurangan itu berlaku.
Baru-baru ini, seorang lelaki bertindak membuat prank call kepada suami orang dan tak sangka responnya di luar jangkaan.
Lihat video itu di bawah:
Berlakon jadi perempuan, terkejut suami orang sedap menggatal tak sedar isteri tengah sarat mengandung tujuh bulan
Menerusi video berdurasi 6 minit 25 saat yang dimuat naik oleh @apittdnzly_, kelihatan lelaki itu sedang berbual dengan seorang suami orang melalui satu aplikasi telefon.
Apa yang membuatkan ramai sakit hati adalah apabila suami orang itu termasuk dalam perangkap si pemanggil dan selamba melayan wanita lain tanpa pengetahuan isterinya yang difahamkan sedang sarat mengandung.
Pada akhir panggilan tersebut, lelaki itu sudah tidak tahan dengan perangai suami orang itu yang sangat menggatal terus menukar suara jantannya serta memberikan kata-kata makian. Perkara tersebut membuatkan suami orang itu terus meletakkan telefon kerana berasa cuak dirinya terkantoi.
Image via @apittdnzly_ (TikTok)
"Saya yang mengandung ni dengar macam tu sakitnya hati" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 365K views, 16K likes dan 3.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bengang selepas mendengar perbualan mereka.
Malah, ramai yang simpati dengan nasib isteri lelaki itu yang dianiaya oleh suami sendiri tanpa pengetahuannya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @apittdnzly_ (TikTok)
Image via @apittdnzly_ (TikTok)
Image via @apittdnzly_ (TikTok)
Image via @apittdnzly_ (TikTok)
Apa perasaan isteri dia kalau dapat tahu perangai suami dia macam ni ya? Sedihnya :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment