Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Yang Pasang Niat Nak Kahwin Tu, Ubah Dulu 5 Tabiat Ni. Nombor 1 & 5 Paling Penting!

Suami adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab mengemudi rumah tangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.

Cover image via Baitul Jannah

Dalam perkahwinan, baik suami mahupun isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam menguruskan rumah tangga

Meskipun begitu, umum sudah tahu bahawa suami merupakan ketua keluarga dan pemimpin bagi isteri dan anak-anaknya. Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34 bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”.

Image via Oo Belog

Sehubungan dengan itu, agama Islam sendiri mewajibkan kepada para suami dan ketua keluarga ini untuk melaksanakan tanggungjawab mengemudi rumah tangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.

Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”

Image via Sirap Limau

Oleh yang demikian, seorang lelaki perlulah mempersiapkan dirinya dan mengubah beberapa tabiat yang mungkin dia sudah terbiasa ketika masih bujang sebelum mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang suami.

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh saudara Firdaus Shakirin berkenaan tabiat-tabiat yang perlu diubah, di bawah:

1. Mendirikan solat

Kalau sekarang ini tidak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat pada awal waktu.

Image via Glam Lelaki

Tapi kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tidak solat langsung di dalam rumah tangga yang akan didirikan, maka rumah tangga itu tidak akan dapat bertahan lama. Sebab imamnya sahaja boleh meninggalkan Allah SWT, apatah lagi manusia.

2. Mempunyai kerja yang stabil

Bila nak berkahwin, pastikan anda sudah mempunyai kerja yang stabil yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh yang tertentu.

Image via Baitul Jannah

Ini kerana hendak 'bela' anak orang, hendak jaga anak orang, kerja tidak boleh ikut suka hati, tidak boleh kerja sekejap kemudian berhenti lalu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang mengikut citarasa anda sendiri.

Tidak boleh macam itu sebab kita ada anak isteri untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan. Oleh itu, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.

3. Ubah perangai bujang

Perangai bujang ini banyak kalau nak disenaraikan. Merempit, melepak, keluar dan balik rumah ikut suka hati dan sebagainya.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Mingguan Wanita

Maka kita perlu ubah smua ini. Perlu ubah gaya hidup kita itu dengan membawa motor secara berhati-hati, mengurangkan keluar melepak dan keluar rumah pada masa-masa yang sesuai serta balik rumah sebelum tengah malam.

Didik diri untuk selesa dengan amalan macam itu supaya bila kita sudah berkahwin kelak, kita tak cenderung untuk membuat perangai-perangai masa kita bujang dulu.

4. Belajar mengemas rumah

Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja.

Image via Era Kini

Kta sebagai lelaki juga perlu tahu untuk membuat kerja-kerja rumah. Perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, mengemas rumah, menyidai serta melipat baju dan sebagainya supaya bila kita sudah berkahwin nanti, kita masih boleh meneruskan apa yang kita sudah biasa buat

Bila sudah selalu buat itu, percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak lebih 'macho' jika tahu membuat kerja-kerja rumah.

5. Berhenti menjadi buaya darat & jaga batas pergaulan

Sekarang iaitu sebelum berkawin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan. Semua kita 'keep in touch', berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas dasar "kawan".

Image via Baitul Jannah

Tapi bila sudah berkahwin, kita sudah tidak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita sudah mempunyai isteri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi.

Kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja. Anda sudah perlu menjarakkan diri atau mengurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang wanita.

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang mana menghalalkan hubungan di antara seorang lelaki dan seorang wanita

Image via Hanasuva

Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang wanita yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada pasang niat untuk mendirikan rumah tangga.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat lebih-lebih buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga <3

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Peranan suami itu sangat penting!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment