seismik

Asal Naik Kereta, Isteri Mesti Tidur. Lelaki Kongsi Kenapa Suami Patut Biarkan Perkara Ini

Para isteri sekarang bukan sahaja perlu memainkan peranan sebagai seorang isteri, ibu dan pengurus rumah tangga bahkan ada juga yang memikul tanggungjawab dalam mencari rezeki membantu perbelanjaan isi rumah.

Cover image via Bored Panda

Memang sudah menjadi lumrah, asal perlu drive jauh sahaja, kebiasaannya yang memandu adalah sang suami manakala si isteri akan tidur di sebelah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bored Panda

Manakan tidak, para isteri sekarang kerap kali kepenatan kerana mereka bukan sahaja perlu memainkan peranan tradisi sebagai seorang isteri, ibu dan pengurus rumah tangga bahkan ada di antara mereka juga perlu memikul tanggungjawab dalam mencari rezeki membantu perbelanjaan isi rumah.

Bagi Mohd Fhais dalam satu perkongsiannya di laman Facebook, dia tidak berkira soal perkara ini kerana menurut dia, isterinya bukanlah suka-suka melelapkan mata terutamanya bila berada di dalam kereta

Bahkan, setiap kali isterinya tertidur di dalam kereta, dia akan memandu dengan cermat dan seperlahan yang boleh kerana tidak mahu isterinya itu terjaga dari tidur. Dia juga rela menahan malu dan maki hamun pemandu-pemandu lain disebabkan pemanduannya itu

Baca perkongsiannya di bawah:

Mulanya nampak isteri tertidur saya akan tersenyum sorang-sorang sebab geli hati asal naik kereta mesti tidur... tapi lama kelamaan jadi kesian.

Kesian kerana saya tahu dia sedang KEPENATAN!

Sebab itu kalau saya nampak isteri tidur saya tak akan kacau dia, saya akan pandu kereta se-slow yang boleh supaya dia tak terkejut. Biarlah kereta belakang nak hon ke beam lampu ke saya tak kisah.

Jika itu caranya untuk kembalikan tenaga isteri maka itu lah yang akan saya buat, walaupun terpaksa tahan malu dan tahan di maki pemandu lain.

Bukan nak manjakan tapi saya tak mahu berkira tidur dengan isteri..

Saya tahu dia bukan suka suka tidur dalam kereta, bukan tak mahu teman kita memandu.

Sebenarnya mata mereka yang tertutup sendiri bukan suka suka tutup. Ini kerana dalam kereta adalah waktu yang paling tenang dan relax bagi kaum ibu... seperti berada di pulau.

Sebab apa saya kata begitu?

Sebab bila berada di dalam kereta mereka tak nampak timbunan baju yang belum di lipat, baju kotor dalam bakul, mainan yang berselerak dan sinki yang penuh pinggan mangkuk.

Di rumah sukar untuk mereka berehat kerana setiap kali nak lelapkan mata teringat kerja rumah, baru nak terlena anak pula menangis. Selagi berada di rumah minda mereka stuck dekat mode bekerja.

Hanya di dalam kereta sahaja 'Mind Of State' mereka boleh tukar ke mode berehat. Barulah minda dan badan mereka boleh rehat dan recharge. Sebab itu ada masa isteri akan ajak kita keluar jalan-jalan sebab nak berehat dalam kereta.

Saya seru para suami di luar sana, janganlah kita sindir isteri yang mudah tertidur dalam kereta

Biarkan dan sokong mereka tidur kerana itu sahaja masa rehat yang mereka ada. Sampai di rumah nanti mereka dah tiada masa rehat.

Bila terlalu penat minda mereka boleh 'Lost' dan melepaskan kepenatan kepada anak-anak, suami dan masakan. Mula lah anak selalu kena tengking, suami kena bebel hal kecil je dan masakan jadi tawar kerana deria rasa dah terganggu.

Apa lah sangat lelap 5 minit dalam kereta jika boleh kembalikan tenaga untuk 5 jam.

Tuan tuan, kalau nampak isteri sedang tak keruan dan bad mood sepanjang hari itu adalah tanda mereka sedang kepenatan. Bawa lah mereka jalan-jalan naik kereta supaya mereka boleh kembali bertenaga dan masak lebih sedap.


Oleh itu para suami di luar sana, hargailah isteri anda. Berikan mereka masa untuk berehat.

Atau lebih best kalau anda tolong isteri anda uruskan perihal di dalam rumah!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: