seismik

"Peranan Suami Amat Penting" - Wanita Kongsi Pengalaman Hidap Kemurungan Semasa Mengandung

Kes-kes kemurungan dalam kalangan wanita adalah lebih serius berbanding lelaki kerana golongan ini lebih beremosi dan sentiasa berada dalam tekanan.

Cover image via New Atlas

Kemurungan merupakan salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, di setiap lingkungan umur

Gambar sekadar hiasan.

Image via Belitung

Penyakit ini melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kekecewaan, putus asa dan hilang semangat secara berterusan, sehingga melebihi dua minggu.

Apabila berbicara mengenai kemurungan, golongan wanita juga terdedah dengan gejala ini pada tahap serius, malah kes-kes kemurungan dalam kalangan wanita adalah lebih serius berbanding lelaki kerana golongan ini lebih beremosi dan sentiasa berada dalam tekanan.

Sebelum ini pernah tersebar kisah seorang ustazah yang telah membunuh diri disebabkan kemurungan melampau di samping diabai suami sendiri

Seorang pengguna Facebook, Nurul Halawati telah tampil berkongsikan tentang pengalamannya sendiri yang menghidap masalah kemurungan dan stress melampau ketika sedang sarat mengandung.

Baca perkongsiannya di bawah:

Membaca kes-kes ngeri melibatkan isteri meroyan dan kemurungan, mengingatkan saya pada kes diri sendiri

Iya, saya sendiri pernah mengalami fasa stress hingga hampir kemurungan yang agak teruk waktu mengandungkan Hafii. Ditambah pula masa itu kami baru tahu emak ada kanser payudara, dalam masa sama kami sekeluarga sibuk dengan persiapan kahwin adik perempuan. Semua itu bergabung membentuk satu tekanan EMOSI yang sangat hebat. Masa itu ada juga WhatsApp kawan yang kerja doktor untuk bantu carikan tempat untuk terapi. Pembawaan budak barangkali, hari-hari menangis dan merasa semua keadaan mengecewakan.

Kesedihan dan keserabutan hidup juga berkait dengan masalah kebersihan. Bukan mengada-ngada, tapi sejak kecik lagi saya memang penggeli, dan sangat berkira bab kebersihan ini. Sampai balik kampung pun saya bertinggung je tak nak duduk atas papan kayu yang ada lubang-lubang nampak tanah itu (rumah kampung lama).

Image via Tateh

Sampai sekarang, pergi mana-mana pun wajib saya bawa kain bersih atau cadar untuk lapik tempat baring saya dan keluarga. Sebab saya bayangkan tilam itu terbiar lama dan penuh habuk. Tak boleh lena bila fikir tidur atas beribu-ribu habuk dan hama. Saya rasa itu penyakit saya (geli habuk). Pergi hotel pun saya akan lapik juga tempat tidur saya. Kalau ada kain batik pun jadilah, asalkan berlapik.

Setengah orang boleh tidur di mana saja, bawah meja, celah timbunan baju dan lain-lain. Tapi saya, zaman sebelum kahwin dulu sebelum tidur bilik kena rapi, senyap dan tenang. Sebelum tidur sembur minyak wangi dulu, baca doa dan tidur. Renyah kan, tapi begitulah kaedahnya.

Jadinya, keadaan di rumah wajiblah indah dan menenangkan. Dari dulu hobi saya hias rumah, susun bunga, deko macam-macam. Masa dekat asrama bilik hostel saya paling bersih dan cantik, dapat hamper lagi.

Masa dapat Anis, rumah mantain bersih dan kemas lagi. Masuk anak kedua, dah bersepah sikit dan jenuh jugalah mengemas. Masa mengandungkan Hafii, Maya dah 3 tahun dan dia paling suka sepahkan rumah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Blog Aham

Jenis tumpah air merata-rata, makanan pun bersepah satu rumah. Carpet pun pakai jenis yang boleh basuh selalu. Disitulah bermula stress saya, merasa diri macam bibik yang terlebih waktu kerja.

Saya akan kemas rumah hari-hari, malam mengemop, vacuum. Hari-hari, berulang-ulang sampai naik penat. Tambahan pula saya menulis, jadi selagi rumah bersepah selagi itulah otak 'jammed', blur je rasa.

Sampai ada sekali itu, saya tak mampu lagi kawal emosi, bungkus baju dan angkut dua-beradik ini pergi hotel. Dengan mengandung, beg lagi, budak kecik 2 orang ini lagi. Nangis-nangis macam dalam drama TV itu (sendiri tulis skrip sendiri berlakon).

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Masa itu rasa nak lari jauh-jauh, ke hujung dunia gitu. Memang rasa PERLU SANGAT untuk keluar dari rumah yang macam Titanic karam itu. Saya pun ambil Grab, turun depan Hotel Sunway. 20 minit dari rumah (jauh sangat dah itu).

Suami balik kerja petang itu dia relax-relax je dekat rumah, ingat saya pergi rumah mak. Orang punyalah merajuk, tunggu panggilan dia memujuk, dia tak sedar pun tragedi itu (surat cinta atas meja pun dia tak baca). Masa ini memang rasa lawak sebab tak macam dalam drama bila laki keluar dalam hujan cari bini dia.

Lepas dah sedar saya tak ada di rumah mak baru dia risau dan WhatsApp saya tanya dimana. Baru dia kelam-kabut datang ke hotel saya dan anak-anak. Duduk situ 2 hari rasa tenang dan hilang keserabutan.

Sejak kes drama tak jadi tu, saya dan suami berdiskusi panjang. Suami pun menasihati, memujuk, kaunseling bagai. Keadaan berubah, anak-anak akan selalu buat sepah, saya kena belajar menerima keadaan itu. Tak larat tak perlu kemas. Panjang tarbiah dia sambil usap-usap kepala saya macam anak kecil. Isteri pun nak dimanja tau.

Image via Google

Akhirnya perlahan-lahan saya cuba berubah. Kalau dulu hari-hari mop, vacuum, sekarang seminggu sekali. Kalau dulu pantang bersepah saya macam lipas terbang kemas rumah, sekarang lebih santai dan pejamkan mata je. Dulu selalu cuci mata tengok FB Deko Rumahku Syurgaku, sekarang memang tak tengok dah, bimbang penyakit lama datang balik.

Bersabar sahajalah sambil tunggu anak-anak membesar. Dah lama tak beli pasu bunga cantik-cantik. Ku tahan saja keinginan itu. Siap berazam lagi, nanti budak-budak ini dah besar saya nak upah ID datang umah, buat konsep macam hotel gitu.

Kesimpulan dari drama diatas, peranan suami sangatlah penting ketika isteri gagal mengawal emosi, ketika isteri merungut tentang keletihannya, ketika isteri bersikap kalah anak-anak kecil. Kerana mereka bukan robot atau bidadari syurga yang takde nafsu untuk marah atau kecewa.

Layani mereka, dengari mereka dan tenangkan mereka dengan kata-kata yang indah. Mereka penat memanjakan anak-anak, sesekali mereka juga mahu dimanjakan sang suami.

Masalah saya selesai, stress saya berjaya diatasi apabila suami menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Suami perlu jadi tenang saat berdepan dengan isteri yang sedang menghamburkan lahar kepenatannya.

Buat isteri dan ibu diluar sana, jangan sesekali memendam semua keperitan rasa, luahkan dan dengarkan pada seseorang (seharusnya suami), supaya keadaan tidak bertambah teruk di masa depan. Ibu bahagia keluarga harmoni.

P/s: keadaan rumah sebelum disepahkan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: