"Lemah Semangat" - Ibu Terkedu Tengok Habis Semua Barangan Dalam Rumah Diconteng Si Anak
Bukan sikit-sikit dia conteng.
Anak-anak yang masih kecil sudah tentu banyak kerenah dan ragamnya
Dalam membesarkan mereka, ibu bapalah insan yang paling bertanggungjawab untuk mendidik mereka. Semakin membesar si anak, semakin banyak keinginan yang mahu diterokai oleh mereka.
Malah, 'perangai' mereka ini ada kalanya membuatkan ibu bapa pun pening nak melayan. Tetapi, merekalah penghibur dalam keluarga betul tak?
Begitulah yang dihadapi oleh seorang wanita ini apabila dia berkongsi 'perangai' anaknya yang menconteng barangan di dalam rumah telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Bukan sikit tapi satu rumah diconteng
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi keadaaan di dalam rumahnya. Dapat dilihat beberapa barangan telah diconteng menggunakan marker pen.
Bukan itu saja, apa yang membuatkan si ibu 'naik pening' adalah selepas melihat anaknya menconteng hampir kesemua barangan di dalam rumah. daripada dinding, almari, beg, bahkan sehingga ke sofa ruang tamu.
Namun, dia dengan tenang hanya mampu merakam tanpa memarahi mereka, Difahamkan, ia adalah kerja dua orang anak perempuannya.
Image via @chunvca (TikTok)
"Maknya tu ok tak tu? Jangan demam sudah" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 233.9K views, 7,379 likes dan 758 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @chunvca (TikTok)
Image via @chunvca (TikTok)
Image via @chunvca (TikTok)
Bukan mak je pening, kita yang tengok ni pun naik pening sekali :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment