Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

MAG Tawar Sehingga 30% Diskaun Penerbangan & Promosi Menarik Sempena MATTA Fair 2024

Jangan lupa hadir ke MATTA Fair 2024 dari 6 hingga 8 September ini!

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia Aviation Group (MAG) sekali lagi menjadi peneraju dalam industri penerbangan dengan penyertaan yang paling besar di Pameran Pelancongan Antarabangsa MATTA Fair 2024

Pameran ini akan berlangsung dari 6 hingga 8 September di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

"Sebagai rakan rasmi dan penaja utama pameran ini, kami menyediakan pelbagai promosi perjalanan dan tawaran eksklusif yang merangkumi rangkaian syarikat penerbangannya seperti Malaysia Airlines, Firefly, MASwings serta produk gaya hidup daripada Journify dan Enrich.

"Penumpang juga boleh memanfaatkan diskaun sehingga 30 peratus untuk tambang penerbangan bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan di semua penerbangan Malaysia Airlines dan pada semua tempat duduk di Firefly," kata pihak MAG dalam kenyataannya.


Image via Malaysia Airlines (Facebook)

Tawaran eksklusif bermula hari ini hingga 16 September di platform dalam talian Malaysia Airlines untuk perjalanan segera sehingga 31 Ogos 2025

"Selain itu, ahli Enrich boleh memanfaatkan tempahan keutamaan pada semalam (4 September), sehari sebelum jualan bermula dan juga mendapat tawaran diskaun sebanyak 5,000 mata apabila menebus sepenuhnya dengan mata Enrich di Enrich Hotels.

"Untuk penjimatan tunai selanjutnya, pemegang kad EnrichMoney dan pemegang Kad Kredit AmBank Enrich Visa boleh menikmati diskaun tambahan 5 peratus, 5X Mata EnrichMoney dan 2X Mata Ganjaran Bonus,” katanya.

Image via Malaysia Airlines (Facebook)

Ujarnya lagi, Arena MAG yang berkeluasan 11,000 kaki persegi juga menampilkan pelbagai pameran berkaitan teknologi dan inovasi seperti penerokaan kabin A330neo dalam Realiti Maya (VR) serta gerai foto kecerdasan buatan (AI).

Arena MAG turut merangkumi ruang pertemuan yang boleh memuatkan lebih 100 pelawat dan rakan kongsi industri pada bila-bila masa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment