Mak Cik Fasih Speaking Dengan Mat Salleh Raih Pujian - "English Mak Cik Better Than Me"
Jangan pandang rendah ok.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penguasaan bahasa Inggeris sebenarnya adalah penting untuk kita
Hal ini memudahkan kita jika ingin bercuti ke luar negara kerana bahasa perantaraan yang sering digunakan adalah bahasa Inggeris. Jadi, kita perlu ada sedikit ilmu mengenai bahasa Inggeris.
Tidak kisahlah orang kata 'broken English' sekali pun yang penting mereka yang mendengari faham maksudnya.
Seperti video yang tular apabila ada seorang mak cik fasih bercakap bahasa Inggeris telah mencuri perhatian ramai.
Bercakap bahasa Inggeris ketika ditemu bual orang Mat Salleh
Menerusi video tersebut, kelihatan pemilik akaun TikTok yang berketurunan Mat Salleh itu sedang berada di sebuah gerai yang diusahakan oleh seorang mak cik.
Dia kemudian menemu bual mak cik tersebut dan memintanya untuk menceritakan sedikit latar belakangnya.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah bahasa Inggerisnya kelihatan agak bagus walaupun menjual makanan di tepi jalan. Dia juga dilihat lancar menjawab soalan yang diberikan lelaki berkenaan.
Image via @alexey.brock (TikTok)
"Steady lah mak cik ! Simple english is simply the best" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 847.9K views, 40.4K likes dan 727 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @alexey.brock (TikTok)
Image via @alexey.brock (TikTok)
Image via @alexey.brock (TikTok)
Image via @alexey.brock (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Yang penting lelaki tu faham apa yang dia cakap :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment