'Mengurat' Rakan Sekerja Masa Tengah Live, Wartawan Tak Sangka Akhirnya Berjodoh
Tahniah!
Jodoh dan pertemuan segalanya terletak pada Allah SWT
Namun, kita sebagai seorang hamba perlulah berusaha dan banyakkan berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik.
Sudah pasti ramai yang mempunyai ciri-ciri pasangan idaman masing-masing bukan? Namun, disebabkan malu, ada yang takut untuk memulakan langkah. Jadi, terlepaslah pada orang lain.
Tetapi, lain pula dengan kisah percintaan pasangan ini yang merupakan wartawan apabila mereka berkongsi detik perkenalan mereka di TikTok telah meraih perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Sempat puji bakal isteri masa tengah live
Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi salah satu saat manis semasa mereka berdua sedang membuat liputan secara langsung di televisyen.
Difahamkan, ia berlaku pada tahun 2020 ketika zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Wanita itu memberitahu pada masa ini mereka masih belum bercinta dan hanyalah rakan sekerja.
Namun, siapa sangka dengan kata-kata manis dari si lelaki itu telah membuat pasangan ini jatuh cinta. Oleh kerana jodoh mereka kuat, mereka kemudian melangsungkan perkahwinan selepas beberapa tahun berkenalan.
Image via @_qeee (TikTok)
"Masya-Allah gentleman betul dia, berani" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan mereka berdua.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 99.9K likes dan 798 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @_qeee (TikTok)
Image via @_qeee (TikTok)
Image via @_qeee (TikTok)
Image via @_qeee (TikTok)
Smooth je yang si lelaki pun puji, tahu-tahu berjodoh ya! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment