Minta Video Ibu Tengah Pam Susu, Scammer Menyamar Jadi Breastfeeding Consultant Dikecam
Sampai hati dia buat macam tu.
Ibu yang baru melahirkan sudah tentu akan menyusu anak mereka dengan susu badan
Kadangkala, ada sesetengah ibu di luar sana yang susah untuk mengeluarkan atau mengepam susu badan. Disebabkan itu, bayi mereka terpaksa diberikan susu formula.
Oleh itu, kini telah ramai breastfeed consultant di luar sana yang sedia berkhidmat untuk mengajar cara mengeluarkan susu badan.
Namun, baru-baru ini tular sebuah posting yang memaparkan individu menyamar menjadi breastfeed consultant telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Minta video ibu tengah pump susu, siap video call nak tunjuk ajar
Menerusi posting berkenaan, ramai yang tertipu dan kena scam dengan penyamar yang menjadi breastfeed consultant.
Nad Masrom yang dikenali sebagai kaunselor laktasi asli memaparkan beberapa bukti tangkap layar WhatsApp antara mangsa dan penyamar.
Mereka pada awalnya ingin membantu para ibu untuk mengeluarkan susu badan mereka, namun sebenarnya mereka bukanlah kaunselor yang asli, mereka sengaja ingin melihat aurat para ibu.
Image via Nad Masrom (Facebook)
Image via Nad Masrom (Facebook)
Image via Nad Masrom (Facebook)
"Teruknya perangai scammer macam ni, suka amik kesempatan" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 81 tanda suka, 26 komen dan 37 kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut risau dengan keadaan ini.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via Nad Masrom (Facebook)
Image via Nad Masrom (Facebook)
Image via Nad Masrom (Facebook)
Bahayanya, para ibu di luar sana kena hati-hati lepas ni!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment