Misi Pemandu MyCar Mencari Patung ‘Squirtle’ Terlaksana Dengan Bantuan Gadis Ini. Sweet!
Patung Happy Meal 'Squirtle' tersebut memang sudah laris dijual di kebanyakan cawangan McDonald's.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa berbuat kebaikan itu ialah apabila kita menghulurkan bantuan kewangan seperti sedekah mahupun derma
Image via National Geographic Indonesia
Walhal kebaikan tidak terhad sekadar itu sahaja bahkan ianya merangkumi segala perkara yang dapat memudahkan urusan orang lain dan sebarang tindakan yang dapat mengeluarkan orang lain daripada kesusahan serta menyenangkan hati orang lain. Sekecil mana pun tindakan sekiranya dapat mendamaikan hati orang lain, maka ia dikira sebagai kebaikan.
Di samping itu, kita juga disarankan untuk berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Tidak dinafikan bahawa orang yang sepatutnya kita dahulukan dalam memberikan bantuan ialah kaum kerabat yang terdekat namun begitu, ia tidaklah menghalang kita untuk memberikan bantuan dan kebaikan kepada orang lain yang tidak ada pertalian darah sekali pun.
Baru-baru ini, impian seorang bapa untuk menggembirakan hati anaknya telah berjaya direalisasikan dengan bantuan seorang gadis
Dalam satu perkongsian di laman Twitter, seorang gadis yang bernama Mashitah telah membantu seorang pemandu MyCar yang gigih mencari patung salah satu karakter dalam kartun popular Pokemon iaitu Squirtle untuk diberikan kepada anaknya.
Kemuliaan hati Mashitah atau lebih mesra dipanggil Mashi ini telah mendapat perhatian orang ramai. Perkara tersebut bukan sahaja membuat diri Mashi berasa gembira bahkan harinya juga berlangsung dengan baik selepas itu.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Image via imgur.com
Image via Twitter @mashiii_
Image via Twitter @mashiii_
Image via Twitter @mashiii_
Image via Twitter @mashiii_
Patung Happy Meal 'Squirtle' itu memang sudah sold out di kebanyakan cawangan McDonald's.
Mashi yang kebetulan mempunyainya terus menawarkan untuk memberikannya kepada pemandu MyCar tersebut.
Image via Twitter @mashiii_
Image via Twitter @mashiii_
Benarlah orang kata, apabila kita berbuat sesuatu kebaikan, pasti perbuatan kita itu akan dibalas semula dengan yang baik-baik
Image via Twitter @mashiii_
Ayuh semua, kita sebarkan kebaikan dan kegembiraan!
Dah baca kisah pemandu Grab dipukau seorang nenek tua?
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment