Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Dedah Badan" - Pakai Seksi Di Kedah Fashion Week 2022, Model Ini Terima Kecaman Netizen

Rupa-rupanya event itu tiada permit.

Cover image via Zam Zam (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, telah berlangsungnya Kedah Fashion Week 2022 yang bertempat di pusat beli-belah Aman Central

Tujuan fashion week ini diadakan adalah untuk model memperagakan baju-baju yang dihasilkan oleh designer tempatan. Acara itu telah dihadiri oleh pereka baju dan pencinta fashion. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan seorang model berpakaian seksi telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Image via Zam Zam (Facebook)

Datang ke fashion show pakai baju seksi yang menjolok mata

Menerusi posting berkenaan, kelihatan sedang berlangsung acara fashion show di pusat beli-belah Aman Central, Kedah.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila terdapat seorang model memakai baju yang menjolok mata semasa menghadiri acara tersebut. Pakaiannya yang seksi seolah-olah menayangkan bahagian tengah badannya iaitu dada dan pusat.

Perkara itu telah mendapat perhatian ramai orang. Gambar tersebut kemudian juga tular di media sosial Twitter.

"Baju dah hanyut masa banjir ke?" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih 152 retweets, 153 quote tweets dan 273 likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka tentang isu itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Hasil semakan mendapati pihak penganjur tidak memohon permit dan tak dapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT)

Menurut Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman akan mengambil tindakan segera.

"Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fesyen Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata"

“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Semoga lepas ini tak ada lagi kes macam ni ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment