Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Murah & Tahan Bocor, Ini 5 Jenama Lampin Pakai Buang Bayi Yang Sepatutnya Ibu Bapa Beli

Yang penting harga berbaloi!

Cover image via Halodoc I Love Children

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lampin pakai buang merupakan keperluan asas kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil

Tidak dinafikan, lampin bayi zaman kini kebanyakannya memang mahal dan sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap kewangan bulanan ibu bapa.

Jadi, tidak hairanlah ramai yang membeli pampers murah sebab ingin berjimat cermat. Namun, ibu bapa juga perlu memastikan pampers yang dibeli itu berkualiti dan sesuai dengan kulit anak terutamanya bayi baru lahir. Iyalah, kulit mereka kan sensitif.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lima jenama lampin pakai buang yang murah dan tahan lasak, serta menjadi pilihan ramai ibu bapa di luar sana.

Image via GIPHY

1. Drypers Wee Wee Dry

Image via Carousell

Drypers adalah jenama lampin yang terkenal di seluruh Asia. Bagi lampin yang dibuat khas untuk bayi baru lahir, jenama ini telah menambahbaik lampin mereka untuk menjadi sesuai untuk semua jenis kulit bayi termasuklah kulit kering dan sensitif.

Anda boleh dapatkannya di:

- Lazada
- Shopee

2. MamyPoko Air Fit Tape Diapers & Pants

Image via Carousell

MamyPoko adalah jenama lampin pakai buang yang paling popular di Jepun. MamyPoko dianugerahkan nombor satu untuk Mom's Choice di Jepun selama tiga tahun berturut-turut. Malah ia direka khas dengan Air Fit Tape dan Curve Fit supaya tidak menyebabkan sebarang kebocoran. Selain itu, lampin ini memberi kebebasan dan ruang untuk anak bergerak serta mempunyai rekaan untuk bayi lelaki, perempuan dan uniseks.

Anda boleh dapatkannya di:

- Lazada
- Shopee

3. Huggies Dry Diapers

Image via Carousell

Pampers Huggies adalah salah satu Top 3 jenama terbaik di kategori lampin bayi dalam Amazon Best Sellers. Apa yang menariknya, Huggies Dry mempunyai 1,000 lubang mikro dan soft liner untuk meningkatkan kadar serapan najis lembap dengan cepat dan mengelakkan bayi daripada rasa tidak selesa.

Anda boleh dapatkannya di:

- Lazada

- Shopee

4. PetPet

Image via Carousell

Siapa saja yang tidak tahu PetPet? Ia merupakan jenama lampin yang sering digunakan di Malaysia sejak dulu lagi kerana harganya yang murah berbanding jenama lain. Lampin yang murah ini diperbuat daripada kapas lembut supaya bayi selesa dan untuk mengelakkan kulit gatal dan kasar. Ia juga mempunyai pita jenis Velcro untuk memudahkan proses pemakaian lampin. Ramai suka PetPet kerana ia selesa buat bayi baru lahir dan mesra pada kulit lembut.

Anda boleh dapatkannya di:

- Lazada
- Shopee

5. Beaba Designer Tape Diapers

Image via I Love Children

Beaba adalah jenama dari Australia dan kini menjadi pilihan ramai ibu bapa. Kelebihan lampin ini adalah ia menyerap dan membebaskan tenaga secara berterusan untuk mengekalkan tahap suhu yang selesa. Bukan itu saja, ia juga berfungsi melindungi kulit bayi melalui pencegahan pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan kulit gatal, ketidakselesaan, bengkak, kemerahan.

Anda boleh dapatkannya di:

- Lazada

Apa-apa pun, ibu bapa bebas untuk memilih jenama lampin kegemaran mengikut bajet masing-masing. Yang penting, anak selesa! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment