seismik

Bagus Ditonton Kanak-Kanak, Ini 5 Channel Islamik Di YouTube Yang Ibu Bapa Kena Tahu

Ibu bapa pun boleh belajar sama-sama dengan anak.

Cover image via Omar & Hana (YouTube) & Learn with Zakaria (YouTube)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada zaman kini, kebanyakan kanak-kanak lebih mudah terdedah dengan penggunaan gajet dan screen time

Mahu atau tidak, mereka juga memerlukan pendedahan kepada dunia digital kerana pembelajaran zaman sekarang sudah tidak seperti dulu.

Namun begitu, ibu bapalah yang memainkan peranan untuk mengawal berapa lama anak-anak boleh bermain telefon atau menonton televisyen dalam sehari.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima channel Islamik di YouTube yang bagus untuk tontonan kanak-kanak. Ibu bapa boleh cuba beri mereka tonton rancangan-rancangan di bawah:

1. Omar & Hana

Rancangan ini bagus kerana ia mengajar kanak-kanak tentang adab dan lagu Islamik tentang ilmu agama yang mudah untuk difahami. Contohnya, belajar solat dan baca Al Quran.

2. Alif & Sofia

Rancangan ini pula mendedahkan kanak-kanak dengan Public Service Announcement (PSA) yang menarik seperti Hari Malaysia, Hari Kanak-Kanak Sedunia, Hari Merdeka dan macam-macam lagi. Ia juga mempunyai segmen khas iaitu Tanyalah Ustaz.

3. Learn with Zakaria

Saluran ini pula penuh dengan video pendidikan hebat yang akan membuatkan anak anda ketawa dan tersenyum semasa mengajar mereka abjad, warna, bentuk, nama haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan banyak lagi. Mereka juga boleh belajar bahasa Arab, Inggeris dan juga Perancis!

4. Riko The Series

Riko The Series merupakan channel dari Indonesia yang mempertontonkan tentang seorang budak lelaki suka meneroka dan mencuba hal-hal baru. Ia didedikasikan untuk seluruh keluarga dan para pendidik di dunia.

5. Ostratouna TV

Channel Arab ini mengajar kanak-kanak lagu menggunakan sketsa ilustrasi haiwan-haiwan. Jika ibu bapa inginkan anak belajar bahasa Arab, bolehlah berikan mereka menonton channel ini.

Antara lima channel di atas, Omar & Hana dan Alif & Sofia yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak. Semoga anak kita semua membesar dengan bijak dan cerdik!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: