Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nikmati Sedikit Kelainan Dengan Membuat Oreo Sushi Yang Mudah Ini. Hanya Perlukan 2 Bahan!

Sekali-sekala buat apa salahnya.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Oreo merupakan biskut kegemaran ramai tidak kira tua ataupun muda

Rasa cookies and cream yang sedap membuatkan ramai orang ketagih dan gilakannya. Oreo juga sering dijadikan dessert dan minuman seperti milkshake.

Biskut Oreo ini boleh didapati di hampir semua kedai serbaneka mahupun pasar raya berdekatan anda. Oleh itu, anda boleh cuba resepi Oreo Sushi ini jika ada kelapangan.

Inginkan sedikit kelainan? Di sini kami kongsikan resepi mudah Oreo Sushi oleh @siennas.sweets di TikTok yang hanya memerlukan dua bahan sahaja!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Oreo
  • Susu segar atau susu pekat

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan satu paket Oreo lalu asingkan cookies dan cream.

Image via @siennas.sweets (TikTok)

2. Kemudian, masukkan bahagian cookies Oreo yang berwarna hitam itu ke dalam beg ziplock dan ketuk sehingga hancur menggunakan rolling pin.

Image via @siennas.sweets (TikTok)

3. Seterusnya, masukkan susu segar ataupun susu pekat ke dalam adunan cookies yang telah dihancurkan sebentar tadi. Terus masukkan susu sehingga ia sebati. 

Image via @siennas.sweets (TikTok)

4. Leperkan adunan cookies tadi menggunakan roller pin lalu sapukan pula bahagian cream Oreo di atasnya. Kemudian, roll lagi sehingga sekata.

Image via @siennas.sweets (TikTok)

5. Selepas itu, gulungkannya seperti sushi. Pastikan anda gulungkannya dengan rapat.

Image via @siennas.sweets (TikTok)

6. Kemudian, potong kecil. Dah siap! Anda boleh nikmatinya dengan dipping chocolate sauce ataupun makan begitu sahaja.

Image via @siennas.sweets (TikTok)

Macam best je makan Oreo tapi dalam bentuk sushi. Nak buat sekarang juga lah! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment