Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Ini Kongsi 7 Nota Kewangan Tahun 2019 Untuk Diri Sendiri. Sangat Membantu!

Lebih-lebih lagi bagi anda yang mungkin tidak tahu cara atau formula yang betul untuk menyimpan wang. ;)

Cover image via Twitter @aslamisme

Penyimpanan wang haruslah bermula dari muda. Tidak susah pun sebenarnya, anda hanya perlu berdisiplin dan ada target tersendiri di mana anda meletakkan 'amount' untuk dicapai pada waktu tertentu.

Memang betul, nafsu untuk berbelanja semakin kuat di kalangan setiap individu, lebih-lebih lagi jika ada jualan murah di pusat membeli-belah. Memang tak keruan rasanya. Pasti ingin membeli, betul tak?

Namun, anda masih boleh mengawal nafsu membeli dengan meletakkan satu had limit untuk anda berbelanja setiap bulan. Barulah tak overspend.

Image via Giphy

Oleh itu, seorang pengguna Twitter iaitu Amirul Aslam telah berkongsi 7 tips terbaik untuk menyimpan wang pada tahun baru nanti. Tips yang begitu simple namun sebenarnya sangat berguna dan mudah untuk anda praktik.

Baca perkongsian penuh di bawah:

1. Belajar untuk kawal diri sendiri

2. Catat keluar masuk duit supaya anda tidak keliru mana perginya duit yang telah digunakan

3. Pastikan anda telah menyediakan 'duit tepi' atau emergency fund yang cukup untuk 6 bulan

4. Harus ada perancangan persaraan tidak kiralah berapa puluh tahun lagi. Kena mula dari sekarang ya!

5. Banyakkan pengetahuan mengenai cukai. Jangan tak bayar pula!

6. Banyakkan memberi atau bersedekah. InsyaAllah anda rezeki akan lebih murah.

7. Sentiasa bekerja keras untuk mencapai sesuatu yang diingini!

Mudah sahaja bukan? Mungkin boleh mula dari awal untuk pastikan tahun 2019 ini adalah tahun anda lebih berdisiplin lebih-lebih lagi tentang pengurusan wang. ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Inginkan tips simpan wang yang lain? Baca di bawah:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment