Order Ayam Geprek Minta Sambal Banyak, Gadis 'Terciduk' Tengok Bila Makanan Sampai
Memang banyak dia bagi tu.
Dengan adanya pelbagai aplikasi perkhidmatan sekarang membuatkan kerja kita lebih mudah dan cepat
Malah, kita tidak perlu keluar untuk membelinya kerana semuanya boleh dihantar ke tempat kita. Kalau rasa lapar pun boleh terus saja pesan makan dan akan sampai. Mudah kan?
Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang gadis berkongsi pesanan makanannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Minta sambal banyak, sekali betul-betul kedai bagi apa yang dipesan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi pesanan makannya di foodpanda iaitu ayam geprek.
Dia kemudian menulis nota tambahan di situ dengan meminta sambal yang banyak dan pedas. Namun, sebaik saja makanan itu sampai, dia merasa terkejut melihatnya.
Apa yang menarik perhatian adalah ayam geprek itu disaluti dengan sambal cili yang sangat banyak di atasnya sama seperti permintaannya.
Image via @meaisyyy (TikTok)
"Abang kedai be like : nah kau nak sangat kan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 130.6K likes dan 1,297 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @meaisyyy (TikTok)
Image via @meaisyyy (TikTok)
Image via @meaisyyy (TikTok)
Image via @meaisyyy (TikTok)
Image via @meaisyyy (TikTok)
Itu lah nak sangat pedas, ambik kau!
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment