"Overprotective" - Adik Kembar Sakan Menari TikTok, Abang Datang Selamba Campak Phone
Amboi, comel je kembar ni!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil sudah tentu akan menceriakan lagi suasana rumah tangga setiap pasangan yang sudah berkahwin
Ibu bapa pasti sering melihat gelagat anak-anak mereka yang kadangkala mencuit hati bukan? Ada saja perangai dan gelagat mereka yang comel dan membuat kita geram.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sepasang kembar mencuri tumpuan netizen gara-gara si abang bertindak mencampak phone bila adiknya sakan bergelek.
Lihat video penuh itu di bawah:
Abang tak puas hati sampai campak phone, adik pula tercengang
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang menari sambil bergelek di depan kamera aplikasi TikToknya.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila kembar lelakinya tiba-tiba datang lalu mencampakkan phone ke luar pagar setelah melihat adiknya sakan menari TikTok. Kanak-kanak perempuan tersebut dilihat tercengang dan terkejut dengan perbuatan abangnya itu.
Image via @sheryasbeautyofficial (TikTok)
Image via @sheryasbeautyofficial (TikTok)
Image via @sheryasbeautyofficial (TikTok)
"Marah abang dia tengok adiknya tergedik-gedik, bagus abang kecil-kecil dah jaga adik" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pasangan kembar itu. Malah, ramai juga yang memuji dan kagum dengan tindakannya.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 587K tontonan, 40K tanda suka dan 2K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @sheryasbeautyofficial (TikTok)
Image via @sheryasbeautyofficial (TikTok)
Image via @sheryasbeautyofficial (TikTok)
Image via @sheryasbeautyofficial (TikTok)
Image via @sheryasbeautyofficial (TikTok)
Image via @sheryasbeautyofficial (TikTok)
Image via @sheryasbeautyofficial (TikTok)
Betul-betul protective abang dia kan, comel je tengok dua beradik ni! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment