Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pasar Raya, Peniaga Di Negeri Sembilan Dilarang Caj 20 Sen Untuk Jual Beg Plastik

Peniaga atau pasar raya yang melakukan kesalahan ini boleh dikompaun RM250.

Cover image via Sinar Harian Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua pasar raya dan peniaga di Negeri Sembilan tidak dibenarkan mengenakan caj bagi semua beg plastik kepada pelanggan termasuk dari jenis biodegradasi

Menurut laporan Harian Metro, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, masih terdapat pasar raya yang mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik sama ada jenis yang dibenarkan atau sebaliknya.

"Sebenarnya larangan penggunaan beg plastik sekali guna, polesterina dan penyedut minuman di seluruh negeri sudah dikeluarkan sejak Oktober 2022.

"Peniaga boleh menyediakan beg plastik jenis biodegrasi atas permintaan. Tiada caj boleh dikenakan kepada pelanggan ke atas penyediaan atau pemberian beg plastik jenis biodegradasi yang dibekalkan secara sukarela oleh pemegang lesen perniagaan," katanya.

Image via Harian Metro

Difahamkan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah memberikan kelonggaran kepada peniaga dalam tempoh dua tahun termasuk menjalankan pelbagai kempen larangan penggunaan beg plastik

Menurut beliau, semua PBT diarahkan supaya lebih agresif untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap semua peringkat perniagaan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.

"Sejak 2022 PBT sudah mengenakan syarat permohonan lesen perniagaan tidak boleh menyediakan beg plastik kepada pelanggan. Tindakan ini adalah satu kesalahan dan melanggar syarat lesen.

"Masih terdapat syarikat besar dan kecil yang membekalkan plastik dilarang seperti oxo-degradable atau jenis photodegradable yang sangat berbahaya kepada manusia dan haiwan.

"PBT tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana pihak yang melanggar syarat lesen ini yang mana boleh membawa kepada pembatalan lesen," katanya lagi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Peniaga atau pasar raya yang melakukan kesalahan ini boleh dikompaun RM250 dan jika gagal bayar boleh diheret ke mahkamah

Katanya, sebelum ini PBT masih memberikan notis peringatan kepada peniaga yang didapati melanggar peraturan itu membabitkan 1,125 notis di seluruh negeri.

"Hanya Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sudah mengeluarkan 14 notis, manakala Majlis Daerah Rembau (MDR) mencatatkan notis peringatan paling tinggi iaitu sebanyak 500 notis dengan peniaga pasar malam mencatatkan jumlah paling tinggi," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment