Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

PBBPP & Rapid Penang Tawar Bas Ulang-Alik Bukit Bendera Secara Percuma Sempena Aidilfitri

Perkhidmatan itu akan beroperasi selama lima hari dari 29 Mac hingga 2 April.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dengan kerjasama Rapid Penang dan Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan bas ulang-alik Bukit Bendera secara percuma sempena sambutan Aidilfitri akan datang

Menerusi laporan Berita Harian, perkhidmatan itu akan beroperasi selama lima hari dari 29 Mac hingga 2 April depan bermula jam 9 pagi hingga 9 malam. Ia dianggarkan dengan kekerapan perjalanan selama 1 jam 30 minit bagi kedua-dua arah.

Menurut PBBPP dalam satu kenyataan, semalam adalah kali ketujuh perbadanan itu menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada pengunjung Bukit Bendera.

Tambahnya, penumpang boleh menaikinya di Hentian Bas 9 KOMTAR di Jalan Ria (laluan bawah bersebelahan kios Rapid Penang) untuk ke Stesen Bawah Bukit Bendera dan sebaliknya.

"Bas perkhidmatan itu boleh dikenal pasti dengan mudah kerana akan ditanda jelas sebagai 'Penang Hill Free Shuttle Service'.

"Tempat 'pick-up' dan 'drop-off' akan menampilkan maklumat berbeza bagi memudahkan perkhidmatan ulang-alik itu dikenali, manakala jadual waktunya pula boleh didapati dalam laman sesawang rasmi PBBPP dan platform media sosial," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Lianda Marta

Perkhidmatan ditawarkan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Bukit Bendera

Dalam pada itu, bas ulang-alik tersebut juga dilengkapi kemudahan mesra kerusi roda.

"Sekiranya bas ulang-alik itu mencapai kapasiti maksimum, penumpang digalak menggunakan bas Rapid Penang Laluan 204 yang beroperasi dari Terminal Bas Weld Quay melalui KOMTAR ke Bukit Bendera pada kadar biasa.

"Perkhidmatan itu beroperasi setiap 35 minit pada waktu puncak dan 45 minit waktu luar puncak," katanya.

Difahamkan, objektif utama inisiatif berkenaan ialah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Bukit Bendera.

Bukan itu sahaja, ia juga bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon di Pulau Pinang, selaras Visi Penang 2030 untuk mewujudkan Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.

Bilangan pengunjung dijangka meningkat pada cuti Aidilfitri nanti dan perkhidmatan itu turut bertujuan menangani cabaran tempat letak kereta yang terhad.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment