Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pempengaruh Kantoikan Suami Curang & Baru Tahu Dedah Jatuh Talak 3 Bertahun Lalu

Sekarang memang musim 'curang' rasanya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mikhail Isaaq dan Hajar Hanif, pasangan pempengaruh serta usahawan dikenali ramai di media sosial yang sentiasa terlihat bahagia, tiba-tiba mendedahkan mengenai kemelut rumah tangga mereka yang kini dibadai ombak

Hajar Hanif berkongsi sebuah video di TikToknya malam tadi yang memaparkan dia menerjah kegiatan suaminya dipercayai baru pulang daripada berhibur di kelab malam serta membawa wanita lain masuk ke rumah mereka.

Pertelingkahan mulut antara mereka disusuli dengan pendedahan dari Hajar yang dia pernah ditampar, dicekik dan ditolak sehingga jatuh sewaktu hamil sebelum ini.

Terdahulu, Mikhail pernah berselingkuh beberapa bulan selepas mereka bernikah pada tahun 2017

"Macam mana boleh jatuh talak 3? Si dia pernah lafaz di saat selepas kantoi kegiatannya setelah 1 hingga 3 bulan bernikah pada tahun 2017, dia berlaku curang dan berbukti kukuh, saya nak meninggalkan si dia tetapi dirayu untuk menerimanya kembali," tulis Hajar.

Namun, disebabkan masih ada rasa cinta dan sayang kepada Mikhail, dia menerima Mikhail semula dalam hidupnya tetapi bersertakan janji dan lafaz oleh Mikhail.

“Kalau i curang, ada nafsu pada mana-mana perempuan, ada perasaan suka, cubaan flirt atau apa sahaja yang berkaitan perempuan selepas ini, kita jatuh talak 3," lafaz Mikhail dulu.

"Saya dengan naifnya berpegang kepada apa yang dilafaz itu dan percaya si dia akan sentiasa setia dan menyayangi saya dengan tulus ikhlas seperti yang dilihat di social media sehinggalah diketahui beberapa hari lepas bahawa kegiatan jijiknya yang berkait dengan wanita sudah dilakukan bertahun tahun lamanya.

"Hal ini menyebabkan hidup saya trauma & kesihatan saya merosot . Pihak dia mengugut untuk mendapatkan hak penjagaan anak setelah kantoi kegiatan haram yang dilakukan secara bertahun tahun lamanya & masih play victim," tulis Hajar lagi.

Image via mizisaaq (Instagram)

Hajar meminta tolong supaya sesiapa sahaja yang pernah menjadi mangsa Mikhail untuk tampil memberitahunya

"I minta tolong sangat supaya sesiapa yang pernah teraniaya & pernah menjadi mangsa si dia (seks atau sebagainya) untuk tampil memberitahu i kegiatannya yang lain yang mungkin belum diketahui.

"Sesiapa yang pernah nampak si dia ke kelab malam, mabuk atau bersama perempuan lain, tolong sangat share pada Hajar sebab Hajar dah dapat beberapa bukti tetapi kalau ada bukti gambar lebih baik. Hati i hancur sehancurnya. Tolong i korang, if ada evidence, give it to me," Rayu Hajar.

Lihat video penuh di bawah:

Ingatkan kes curang ni dah habis tetapi makin melarat pula ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment