Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Peniaga Akui Kesilapan Gunakan 'Tong Sampah' Untuk Rendam Sotong, Kongsi Beli Bekas Baru

Harap tiada peniaga yang guna bekas tong sampah lagi.

Cover image via @nasilemakkakrose (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang peniaga makanan mengakui kesilapan selepas merendam makanannya di dalam bekas yang tidak bersesuaian

Dia sebelum ini tular di media sosial selepas menjawab teguran daripada salah seorang pengikutnya.

Difahamkan, individu itu telah menegurnya untuk tidak menggunakan bekas yang sinonim untuk mengisi 'sampah' untuk dijadikan bekas penyediaan makanan.

Namun, dia membalas kenyataan itu dan memberitahu ia adalah bekas baru dan tidak salah digunakan. Kenyataannya itu telah dikecam ramai sehingga mendapat perhatian daripada KKM sendiri.

Image via @KKMPutrajaya (X)

Kongsi sudah beli bekas baru dan mengaku silap

Menerusi sebuah video, selepas tularnya isu itu peniaga tersebut telah membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya kerana tidak lebih peka dalam hal ini.

Malah, dia juga berkongsi telah membeli bekas baru untuk penyediaan makanan dan berharap ia adalah bekas yang bersesuaian.

"Saya dah beli tong baru, saya harap yang ini food grade lepas ini. Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tengok video saya sebelum-sebelum ini.

"Andai bahasa saya kurang elok untuk korang dengar tu saya mohon maaf banyak. Terima kasih pada yang mana bagi nasihat, saya ambil benda itu sebagai iktibar pada diri saya," katanya.

Image via Food Safety Malaysia (Facebook)

Lihat video itu di bawah:

Semoga para peniaga di luar sana ambil pengajaran bersama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment