Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Biadap” - Perangai Pengantin Lelaki Ketika Majlis Sanding Ini Jadi Pertikaian Ramai

Macam samseng pun ada.

Cover image via @elvira0197 (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hari pernikahan merupakan hari paling bahagia buat pasangan pengantin

Iyalah, dapat menjalinkan hubungan yang sah dengan kekasih yang anda sayangi. Selepas diijabkabulkan, sudah tentunya ada majlis sanding untuk meraikan pasangan pengantin.

Baru-baru ini, sebuah video TikTok telah tular di Twitter yang memaparkan pengantin lelaki membuat perangai semasa majlis persandingannya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba mencampak duit sebanyak RM29K atas pelamin

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin dari negara seberang itu sedang mengadakan majlis sanding mereka.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila pengantin lelaki dilihat mencampak duit sebanyak 100 juta rupiah bersamaan RM29K atas pelamin. Gayanya yang angkuh itu membuatkan ramai pertikaikan perangai sebenarnya.

Bukan setakat itu, dia juga dilihat merokok dan bergaya seperti gangster sehingga membuatkan ramai takut padanya. Isterinya dilihat hanya mampu tersenyum apabila jalan beriringan sebelahnya.

Setelah dikecam pelbagai pihak, pihak jurugambar mereka mengeluarkan kenyataan yang perkara itu hanya lakonan dan konsep majlis persandingan mereka saja.

Image via @elvira0197 (Twitter)

Image via @elvira0197 (Twitter)

"100 juta tuh gada apa apanya ya dibanding harga diri si cewe dan keluarga" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.6M views, 14K retweets, 27K quote tweets, 67K likes di Twitter, rata-rata netizen turut mengecam pengantin lelaki berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Ini kalau kat Malaysia, memang keluarga tak approve. Buat malu kampung je :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment