Perbualan Ayah Beli Kasut Terpakai RM8 Demi Hadiri Majlis Graduasi Anak - "Tersentak Hati"
Auto sedih pula baca.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibu bapa adalah insan yang paling penting dalam hidup kita
Tanpa didikan dan pengorbanan mereka, tidaklah kita boleh berjaya seperti sekarang ini. Bagi yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka sebelum terlambat.
Sudah tentu mereka adalah orang yang paling bahagia di saat melihat kejayaan kita. Ditambah pula dengan musim graduasi sekarang, pasti mereka sudah melakukan persiapan pakaian untuk menghadirinya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan perbualan di antara seorang anak dan ayahnya yang mengundang sebak ramai.
Image via @jobs_abraham (TikTok)
Beritahu dah beli kasut terpakai untuk hadiri majlis konvokesyen
Menerusi video tersebut, kelihatan pemuda itu berkongsi perbualan di antara dia dan ayahnya selepas ayahnya menghantar gambar telah membeli sepasang kasut terpakai dengan harga RM8 sahaja.
Difahamkan, ayahnya membeli kasut tersebut kerana perlu mematuhi kod pakaian untuk menghadiri majlis graduasi anaknya.
Jelas pemuda berkenaan, dia mengetahui ayahnya telah membeli kasut terpakai itu demi menghadiri majlis graduasinya membuatkan dia tidak dapat menahan sebak. Tetapi, dengan harga RM8, dia memberitahu kasut itu bukanlah dalam keadaan yang begitu cantik.
Namun, dia memutuskan untuk membeli sendiri kasut yang lain buat ayahnya dan juga baju batik sekaligus bersempena hari jadi ayahnya.
Lihat video itu di bawah:
Sebak tengok pengorbanan ayah nak tengok anak dia graduasi :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment