seismik

Cadang Suruh Wanita Lambat Kahwin Untuk Poligami, Hannah Yeoh Bidas Kenyataan Tuan Ibrahim

Poligami pun satu hal kan.

Cover image via Facebook & Free Malaysia Today

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa bimbang kepada peningkatan golongan ‘bujang senja’ di negara ini

Susulan daripada itu, beliau mencadangkan pihak kerajaan agar dapat memberi sokongan moral kepada golongan lelaki untuk berpoligami bagi menyelesaikan masalah wanita yang lewat berkahwin.

"Negara kita ini sensitif soal isu poligami, bila sebut poligami macam buat jenayah. Saya fikir kementerian perlu rasional dalam isu ini di mana bagi mereka yang mampu, ada kelayakan, boleh berlaku adil, satu sokongan moral perlu diberi.

"Kita boleh bayangkan 8.4 juta golongan wanita yang belum kahwin walaupun itu bukan penyelesaian yang muktamad, tetapi perkara ini dapat memberi jalan keluar

"Saya menyokong cadangan ini, soal kemampuan, kehendak dan sebagainya. Ada yang berkemampuan teruslah jalan walaupun saya masih satu,"katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Image via Facebook

Hannah Yeoh tampil bidas kenyataan Tuan Ibrahim

Namun, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas cadangan poligami untuk menyelesaikan masalah wanita kahwin lambat oleh Ahli Parlimen Pas di Dewan Rakyat.

Beliau memberitahu banyak lagi isu boleh dibahaskan untuk kesejahteraan wanita semasa perbahasan peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Yang Berhormat, pendapat saya lambat kahwin bukan satu masalah yang perlu diselesaikan. Apa guna kahwin tapi diabaikan? Jodoh datang tak mengenal masa. Banyak lagi isu boleh dibahaskan untuk kesejahteraan wanita," tulisnya.

Terdahulu, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan kebimbangan mengenai bilangan bujang senja menerusi laporan Bancian Penduduk 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia yang menyatakan lebih 5.5 juta lelaki dan wanita berusia lebih 30 tahun mengambil keputusan untuk tidak berkahwin ataupun belum berkahwin.


Lihat video hantaran itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: