Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Photographer Nasihat Lelaki Jaga Penampilan Datang Majlis Kahwin - "Perempuan Okay Je"

Bukan semua lelaki, tapi kebanyakannya macam ini.

Cover image via @ricxxxkiddo (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis perkahwinan adalah majlis di mana kita meraikan pasangan pengantin di hari bahagia mereka

Pada masa inilah ramai tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang hadir dalam satu majlis.

Sudah tentu, penampilan harus dijaga apabila datang ke sesebuah majlis perkahwinan, apatah lagi jika ianya terdiri daripada golongan yang berada dan majlis perkahwinan itu mewah.

Tak akanlah pula tak nak jaga penampilan betul tak? Namun, itu bukan bermakna majlis perkahwinan yang biasa membuatkan anda tidak memakai pakaian kemas.

Baru-baru ini, seorang jurugambar menasihatkan kaum lelaki agar memakai pakaian kemas semasa hadir ke majlis perkahwinan.

Image via @ricxxxkiddo (X)

Nasihat kaum lelaki agar pakai lebih kemas, pakai kasut bertutup bukan selipar

Menerusi video tersebut, seorang jurugambar perkahwinan berkongsi sebuah gambar memaparkan penampilan beberapa orang tetamu yang hadir dalam sebuah majlis perkahwinan.

Tidak menunjukkan wajah, jurugambar berkenaan berkongsi pakaian beberapa orang tetamu yang dianggap tidak kemas ketika hadir ke majlis tersebut.

Dapat dilihat sekumpulan lelaki mengenakan baju t-shirt dan memakai selipar ketika bergambar bersama pengantin.

Menurutnya, ia tidak kemas dan patut memakai kasut agar gambar nampak lebih cantik.

"Yang lelaki, tolong pakai kasut pergi wedding, benda ni bukan apa tau dia kadang-kadang pengantin nak masukkan gambar korang dalam album ke dia nampak tak beretikalah, nampak macam spoil dekat situ.

"Orang perempuan boleh pakai lawa-lawa lelaki asal kena pakai macam ni ye, korang ingat korang pergi mana.

"Pakai baju pakaian bersesuaian dengan majlis, dia bukan pakai selipar macam kau nak pergi pasar, pergi kedai bawah rumah kau," katanya.

Lihat video di bawah:

Ada betul apa dia cakap, pakaian biarlah bersesuaian dengan majlis :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment