Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

PRN: Bas Percuma Disediakan Untuk Pelajar IPT Yang Pulang Mengundi Di Kelantan

Tarikh perjalanan pulang bermula 6 hingga 11 Ogos ini, manakala tarikh kembali ke destinasi asal pula pada 13 hingga 15 Ogos.

Cover image via Berita RTM NSTP/AIZUDDIN SAAD

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan negeri Kelantan membuat ketetapan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTSA) untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini

Menurut laporan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata keputusan itu dibuat melalui Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 21 Jun lalu.

Katanya, kerajaan negeri menyedari kepentingan mahasiswa dan mahasiswi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih demi masa depan negara.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob

Image via Kosmo!

"Pembabitan mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya memberi impak yang sangat besar untuk membina negara melalui pentas demokrasi.

"Justeru, hak mereka sebagai pemilih tidak boleh dinafikan hanya disebabkan tekanan ekonomi dan kos sara hidup.

"Berikutan situasi itu adalah dijangkakan kos perkhidmatan pengangkutan akan meningkat dan terhad disebabkan permintaan yang tinggi sewaktu musim pilihan raya, sekali gus membebankan penuntut serta ibu bapa," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tarikh perjalanan pulang bermula 6 hingga 11 Ogos ini, manakala tarikh kembali ke destinasi asal pula pada 13 hingga 15 Ogos

Gambar sekadar hiasan

Image via NSTP/AZIAH AZMEE

Mengulas lanjut Ahmad berkata, perkhidmatan itu akan diuruskan Jawatankuasa Khas yang diketuai Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dan Pejabat Pembangunan Negeri.

Beliau berkata, tarikh perjalanan pulang bermula 6 hingga 11 Ogos ini, manakala tarikh kembali ke destinasi asal pula pada 13 hingga 15 Ogos.

"Untuk keterangan lanjut hubungi Pejabat Pengarah Pembangunan Negeri di talian 09-7481180.

"Mahasiswa dan mahasiswi bebas menggunakan hak mereka untuk memilih mana-mana calon atau parti politik yang bertanding tanpa terikat dengan syarat. Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meringankan beban mereka dan ibu bapa," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment