[VIDEO] Kenapa Kena Fasih Berbahasa Melayu, Ini Nasihat Boss James Buat Pelajar Cina
Bahasa jiwa bangsa.
Umum sedia maklum, bahasa Melayu ini ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu"
Malah, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 pula memperuntukkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara.
Namun hakikatnya, pada hari ini masih ramai dalam kalangan warganegara yang tidak mampu memahami mahupun fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang pempengaruh (influencer) media sosial terkenal iaitu Pengarah Urusan Berjaya Mega Motors, James Ng atau dikenali Boss James kelihatan memberikan ucapan motivasi kepada para pelajar Cina di sebuah sekolah.
Dalam ucapannya itu, dia menekankan bahawa kenapa kena fasih berbahasa Melayu di hadapan para pelajar Cina di dalam sebuah majlis yang diadakan di sekolah itu.
Tonton video penuh itu di bawah:
Bahasa adalah sejenis medium untuk berkomunikasi dan connect antara satu sama lain
Menerusi video yang dimuat naiknya itu, Boss James memberitahu, bahasa adalah sejenis medium untuk berkomunikasi dan connect antara satu sama lain.
"Kalau hari ini you pandai, Matematik bagus tapi you tak boleh bagi idea dalam bahasa Melayu. Orang lain tak faham awak, macam mana?
"Belajar bahasa Melayu supaya you boleh dapat satu medium yang baik untuk berkongsi dengan orang ramai. Buktikan nilai diri sendiri," ujarnya dalam video itu.
"Bos, banyakkan lagi sebar luas kesedaran ini di banyak SMJK. Kepentingan bahasa kebangsaan" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun meraih lebih 153.7K views, 11.2K likes dan 408 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen memuji ucapan Boss James yang menekankan kepentingan bahasa Melayu sebagai medium untuk berkomunikasi dalam kalangan para pelajar Cina.
Malah, ada juga yang meminta Boss James untuk teruskan memberi ucapan motivasi seperti itu kepada para pelajar Cina di sekolah lain juga.
Berikut antara komen menarik netizen di TikTok:
Semoga kita semua sebagai rakyat Malaysia dapat sama-sama terus mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!