seismik

Threads: Ini Info & Fungsi Menarik Tentang Aplikasi Terbaharu Daripada Meta

Sebagai rekod, Threads merupakan sebahagian daripada platform Instagram.

Cover image via The Sun & Mark Zuckerberg (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aplikasi Threads kini menjadi bualan hangat di internet seluruh dunia sejak dilancarkan pada 6 Julai 2023 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg

Menurut beliau, perkongsian cara baharu melalui teks itu dibangunkan oleh team Instagram.

“Threads menawarkan ruang baharu yang berasingan di dalam platform tersebut untuk pencipta konten mengemas kini info terbaharu dan perbualan awam pada masa nyata.

“Pihak kami sedang berusaha menjadikan Threads serasi dengan rangkaian sosial terbuka dan saling beroperasi, seiring misi membentuk masa depan internet multifungsi.

“Paling penting, jaminan keselamatan data pelanggan menjadi keutamaan kami,” katanya.

Threads 'ala-ala' Twitter dengan fungsi lebih menarik, ini benda basic yang anda kena tahu!

Image via Threads

Bagaimana caranya nak join Threads ini? Hanya satu langkah mudah iaitu anda hanya perlu gunakan akaun Instagram sedia ada untuk log masuk.

Aplikasi ini juga sudah tersedia dimuat turun daripada platform Apple iOS dan Android Google Play.

Kemudian, nama pengguna dan pengesahan akan diberikan dengan pilihan untuk kesesuaian profil diri khusus untuk Threads.

Bagi pengguna bawah umur 16 tahun atau 18 tahun di negara tertentu, mereka akan defaulted ke profil peribadi jika menyertai Threads.

Antara fungsi menarik yang terdapat di aplikasi Threads

Paling best, ciri kebolehcapaian seperti sokongan pembaca skrin dan penerangan imej dijana oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

Perkongsian teks pula hingga 500 aksara manakala video, foto atau pautan hingga 5 minit. Malah, anda boleh filter specific words daripada feeds anda. Menarik, bukan?

Bagi yang belum tahu, Threads merupakan sebahagian daripada platform Instagram. Untuk mendaftarnya, pengguna hanya perlu menggunakan akaun Instagram sedia ada lalu akan disambungkan segala maklumat terus ke Threads.

Username yang digunakan juga adalah sama seperti akaun Instagram dan tidak boleh diubah. Difahamkan juga, orang yang anda telah block di Instagram juga akan secara automatik turut akan di'block' pada aplikasi Threads.

Jadi, anda tunggu apa lagi? Let's get threaded!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: