Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Program Vaksin Influenza Percuma Khas Untuk Warga Emas Bermula 18 Februari Ini

Program imunisasi berkenaan dianggarkan membabitkan seramai 170,000 penerima vaksin di seluruh negara.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas mulai 18 Februari ini

Menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata program imunisasi berkenaan dianggarkan seramai 170,000 penerima vaksin di seluruh negara.

Tambah beliau, bagi mereka yang mendapatkan suntikan boleh membuat temujanji menerusi aplikasi MySejahtera yang akan dibuka kepada orang ramai pada 14 Februari ini.

"Untuk Program suntikan imunisasi influenza bagi warga emas, suntikan ini terbuka kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di lokasi klinik yang terpilih.

"Kita menggalakkan agar suntikan ini diambil bagi kesejahteraan masyarakat khususnya warga emas tersebut," katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Image via Bernama

Galakkan sektor kerajaan dan swasta kolaborasi untuk suntikan tersebut

Dalam pada itu, Lukanisman menggalakkan sektor swasta dan kerajaan negeri untuk berkolaborasi bagi melaksanakan program suntikan influenza berkenaan.

"Sebagai contoh ketika Covid-19 terdapat kerajaan negeri seperti Selangor dan Sarawak berusaha sendiri untuk menambah bilangan vaksinasi.

"Bagi warga emas ini kaedah yang sama kita boleh bincang di peringkat kementerian," katanya.

Beliau berkata KKM kini sedang giat menaik taraf klinik yang daif di bawah kementerian di seluruh negara.

Difahamkan, setakat ini terdapat sebanyak 455 projek naik taraf yang sedang berjalan setiap hari di seluruh negara termasuk 41 projek di Kedah.

Ditanya mengenai projek menaik taraf di Hospital Kulim yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, Lukanisman memberitahu kerja awal sedang dijalankan untuk mengenal pasti keperluan dan spesifikasi hospital yang akan dibangunkan.

Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment