Rapat Macam BFF, Pasangan Madu Ini Sepakat Buka Kedai & Jual 'Pizza Tradisional' Bersama
Ini baru betul profesional!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hidup bermadu sering dipandang serong oleh segelintir orang, namun sebenarnya ramai wanita di sana rapat dengan madu mereka jika sama-sama faham antara satu sama lain
Seperti kisah dua orang wanita ini yang mengusahakan perniagaan piza tradisional bersama sejak tahun 2015 telah mendapat perhatian media.
Menurut laporan Harian Metro, Nur Faizah Jaafar, 49, berkata dia bersama suami, Che Ku Arshad Che Ku Rani, 51, memperkenalkan piza berkenaan sejak 2015 dan pernah membuka perniagaan di Kuantan, Pahang.
Apa yang menarik perhatian adalah, madunya juga turut menjayakan perniagaan mereka itu. Idea kreatif wanita berkenaan bersama madunya mengusahakan piza secara tradisional menggunakan gok konkrit 'relau' kayu api dapat membangkitkan aroma unik yang memikat selera.
Image via Harian Metro
Menurutnya, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka terpaksa menutup perniagaan.
"Bagaimanapun, kami membuat keputusan untuk membuka kembali perniagaan piza tradisional ini di sini (Besut) dengan suasana lebih santai di tepi sawah padi sejak empat tahun lalu.
"Saya turut dibantu madu, Sarinah Ismail, 51, serta dua anak kerana suami terikat dengan komitmen kerja," katanya.
Difahamkan, kedainya terletak di Kampung Lubuk Kawah, Besut, Terengganu
Nur Faizah berkata, tugasnya adalah mengawal api ketika proses pembakaran piza, sementara madunya menguli doh mengikut citarasa serta pilihan pelanggan.
Proses membakar piza mengambil masa kira-kira 10 minit dengan menggunakan api sederhana.
"Bagi piza bersaiz biasa boleh dimasukkan tiga aduan serentak untuk dibakar, namun untuk piza saiz talam hanya sekeping sahaja kerana saiznya besar.
"Setiap hari kami akan menguli kira-kira dua kilogram doh piza yang baru untuk menjaga kualiti rasa dan isinya yang segar, tetapi apabila cuti sekolah ditambah kepada 10 kilogram.
"Terdapat enam perisa piza iaitu daging pepperoni, ayam pepperoni, tuna, daging salai, ayam istimewa serta makanan laut dan pelanggan boleh memilih mengikut citarasa mereka," katanya lagi.
Menurut wanita itu, purata pendapatan mereka ialah kira-kira RM2,000 seminggu bergantung kepada musim. Sekiranya waktu cuti sekolah, permintaan daripada akan meningkat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment