Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Reason Why Aku Suka Kelantan" - Dapat 6 Jenis Lauk, Lelaki Terkejut Harga Tak Sampai RM10

Kira murah dah tu.

Cover image via @seposenYS (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap negeri mempunyai keunikan makanan mereka masing-masing, contohnya seperti Kelantan, automatik orang akan memikirkan nasi kerabu betul tak?

Nasi kerabu memang tidak asing lagi di negeri itu. Malah, jika anda teringin untuk memakannya anda kini boleh mendapatkannya secara mudah di kawasan anda ataupun menggunakan pesanan online.

Tetapi, ada kalanya harga yang dijual agak berbeza dengan harga dijual di negeri asal. Jika anda perhatikan ia mungkin agak sedikit mahal.

Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi sebuah video di Twitter harga nasi kerabu yang dibeli di Kelantan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut dapat tahu harga bawah RM10 walaupun beli 6 jenis lauk berbeza

Menerusi video perkongsian itu, kelihatan seorang lelaki sedang berada di salah sebuah kedai di tepi jalan difahamkan berada di Kelantan.

Dia kemudian membeli nasi kerabu dengan memilih enam jenis lauk berbeza buat dirinya. Antara lauk yang dipilihnya adalah ayam, daging, ikan, solok, telur dan bawang.

Apa yang lebih mengejutkan adalah sebaik saja diberitahu kesemua harga itu lelaki itu seperti terkejut kerana dia menyangkakan harga akan melebihi RM10 dengan jenis-jenis lauk itu.

Image via @seposenYS (Twitter)

Image via @seposenYS (Twitter)

"Kalau sesiapa yang sekali sekala pergi Kelantan memang akan terkejut bila nak bayar" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai hal tersebut. Malah, ramai juga yang membandingkan jika ianya dibeli secara online.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 447.5K views, 4,741 retweets dan 9,613 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Tiba-tiba terliur pula tengok nasi kerabu dia. Sedapnya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment