Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Rumah Pemain Pertahanan Selangor FC Khuzaimi Piee Pula Dipecah Masuk

Motosikal antara barangan yang hilang.

Cover image via @khuzaimipiee (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee, dipecah masuk ketika beliau keluar menjalani sesi latihan di Pusat Latihan Selangor

Menerusi hantaran gambar laporan polis yang beliau kongsikan di Instagram, Khuzaimi kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport.

Harian Metro melaporkan, mangsa membuat laporan polis pada 11.30 malam selepas pulang dari sesi latihan berkenaan.

"Kira-kira 9 malam semasa saya sampai di rumah, saya dapati pintu pagar depan dan belakang, terbuka," katanya.

Image via @khuzaimipiee (Instagram)

Image via @khuzaimipiee (Instagram)

Tambahnya, selepas kejadian dia membuat pemeriksaan di dalam rumah dan mendapati ada barang-barang yang hilang seperti sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport.

"Hasil pemeriksaan awal anggaran dan lain-lain kerugian saya tidak pasti, tujuan saya membuat laporan adalah untuk tindakan lanjut daripada pihak polis serta pihak yang berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu, hari ini.

Image via @khuzaimipiee (Instagram)

Image via @khuzaimipiee (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment