seismik

[VIDEO] Ryzal Pergi Makkah Balik Hari Beli Minyak Wangi - "Kecewa Tak Dapat Buat Umrah"

Betul lah, kalau Allah tak izinkan, maka tak bolehlah.

Cover image via @ryzalibrhm (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, apabila pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim yang berkongsi bertolak ke Makkah semata-mata untuk membeli minyak wangi Musk Al-Rumman

Difahamkan, Ryzal telah transit di Jeddah dan balik pada hari yang sama. Malah, dia juga sebenarnya telah kesuntukan masa dan perlu pulang ke Malaysia.

"Ryzal sekarang berada di Jeddah, dalam perjalanan ke Mekah untuk membeli minyak wangi.


"Selepas beli minyak wangi, Ryzal akan naik teksi yang sama dan balik ke Lapangan Terbang Jeddah. Ada empat jam lagi, Ryzal kena berada di lapangan terbang semula pada pukul 1 petang," katanya.

Kecewa tak dapat tunaikan umrah sekali

Menerusi video tersebut, Ryzal juga berkongsi dia tidak sempat untuk melakukan ibadah umrah kerana hanya mempunyai beberapa jam saja untuk transit di King Abdulaziz International Airport, Jeddah sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia.

Dia juga telah berniat ingin melakukan ibadah umrah, tetapi apakan daya, ia tidak kesampaian dan dia terima seadanya.

"Mungkin sebab Allah SWT tidak izinkan, maka tidak jadilah (melakukan umrah). Apa sahaja yang kita lakukan, semuanya atas izin Allah SWT.

“Perancangan Tuhan adalah yang terbaik,”
katanya.

Lihat video itu di bawah:

@ryzalibrhm

Insha-Allah ada rezeki kita datang lagi

original sound - Ryzal Ibrahim

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: