"Salam Dine-In Dari Perlis" - Media Sosial Mula Dibanjiri Gambar Boleh Makan Di Restoran
Perlis, Sarawak dan Labuan kini telah beralih ke Fasa 3 PPN sejak semalam, 4 Ogos.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kini sudah mula beralih ke Fasa 3 kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai semalam
Rakyat di ketiga-tiga negeri ini sudah pasti teruja kerana terdapat beberapa kelonggaran mula diberikan dalam Fasa 3 PPN.
Antaranya semua aktiviti ekonomi adalah dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi dan disenaraikan dalam senarai negatif seperti pub dan kelab malam.
Hasil tinjauan di media sosial, dapat dilihat ramai pengguna Twitter yang tinggal di Perlis berkongsikan gambar mereka ‘dine in’ di kedai makan.
Berikut di bawah antara gambar yang dikongsikan oleh mereka di Twitter:
Bersyukur dapat makan di restoran setelah sekian lama hanya bungkus dan makan di rumah sahaja
Menurut salah seorang pengguna di Twitter, @IzzRaifHarz, dia bersyukur dapat makan di restoran meskipun negeri Perlis tiada apa yang menarik perhatian orang luar negeri.
Katanya, selepas bertahun-tahun mendengar pelbagai sindiran dan pertanyaan mengenai negeri Perlis seperti "ko hidup perlis buat apa ja bukan ada apa pun", "rakyat pun 8 orang", "perlis dalam kedah eh" dan "gile bosan takde mall", kini dia boleh menarik nafas lega.
Sementara itu, perkara berkenaan mendapat perhatian netizen dan rata-rata rakyat di negeri lain
Mereka meluahkan rasa cemburu kerana orang Perlis sudah boleh makan di restoran sedangkan mereka masih perlu duduk di rumah.
Bukan itu saja, mereka juga turut mengatakan rindu mahu makan di restoran seperti dahulu. Malah, ada juga yang mahu berpindah ke Perlis selepas melihat gambar-gambar orang Perlis ‘flex’ di media sosial.
Berikut antara komen menarik netizen di Twitter:
Untunglah dah boleh 'dine-in' restoran, rakyat negeri-negeri lain sabar ya. Jangan makan hati pula :D
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment