Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Saya Punya Pasal Lah" - Viral Video Peniaga Restoran Marah Depan Pelanggan Dari Singapura

Adab tu penting kena jaga.

Cover image via @isusemasaviral (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Rata-rata orang pasti akan berkunjung ke restoran atau tempat popular dan terkenal bila singgah di sesuatu kawasan betul tak?

Tambahan lagi seperti kedai makan yang menjadi pilihan ramai orang membuatkan kita juga ingin merasa makan di sana.

Tetapi, lain yang berlaku kepada nasib keluarga dari Singapura ini apabila tular video memaparkan mereka dimarahi oleh peniaga di sebuah kedai makan telah mencetuskan perdebatan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Wanita luah rasa kesal dengan sikap layanan peniaga restoran

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah kedai makan di Melaka bersama keluarganya yang lain.

Menurut wanita itu, dia sebelum ini suka makan di restoran berkenaan dan banyak kali menikmati hidangan di situ. Malangnya, layanan yang diberikan oleh peniaga kedai kali ini amat mengecewakannya dan ahli keluarga yang lain.

"Sedih tau, kita datang nak hantar duit kat orang tapi layanan yang macam mana mereka balas ni? Family aku datang pukul 2 petang, datang tengok lauk kat cermin normal la customer and tanya lauk ni je yang tinggal kak? Akak kat cermin tu jawab ha ye"

"Sebab ada ikan pari aku terus order semua suruh hidang maknanya ada la lauk lagikan. Kalau habis kau cakap la habis, makcik puaka menyampuk “kau datang dah pukul berapa kalau ada gajah, gajah pun habis”

"Aku ni jiran atau anak-anak buah kau ke kau sound macam tu tapi aku ni fikir orang tua hidup pun dah tak lama malas layan masih lagi order and terus makan, sebab aku dah lapar.

"Kalau betul tak bagi kami makan kat sini dengan secara warasnya sebagai manusia cakap dengan baik maaf dik dah tutup atau kami tak terima pelangan lagi maaf"

"Nasiblah aku ni pandang muka mak aku, paklong maklong aku dari Singapore tu. Kalau tak aduhai malas cakap ah, lagi pun orang tua aku ni malas layan tapi bila apa yang korang dengar video tu memekik korang rasa? Bila mak aku bersuara anak dia pulak menyampuk makikan mak aku,"
luahnya.

Sebelum ini, restoran itu dikatakan pernah tular dengan insiden yang melibatkan seorang usahawan dihalau keluar oleh pemilik kedai ketika membuat live mempromosikan produknya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Kalau camni gaya bertekak kau chow je la takyah bayar. Bukan nye melaka ade satu je tempat jual asam pedas" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan mengecamnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 403.7K views, 9,504 retweets dan 8,149 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di TikTok:

Ingat semua adab tu melambangkan diri kita, jadi jagalah adab dekat mana sekali pun ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment