'Sedekah' Letak Rokok Pada Semua Kenderaan Solat Jumaat, Individu Ini Terima Reaksi Ramai
Hmm niat dah baik nak sedekah, tapi...
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya kita akan sering melihat ramai individu yang mengambil peluang untuk bersedekah kepada para jemaah masjid
Tambahan pula, ketika solat Jumaat. Berebut-rebut orang mahu bersedekah pada masa ini. Ia adalah perkara yang amat bagus jika kita mempunyai niat bersedekah di masjid.
Namun, baru-baru ini viral sebuah video memaparkan seorang individu memberi 'sedekah' rokok kepada semua jemaah masjid ketika solat Jumaat telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Letak rokok pada semua kenderaan masa solat Jumaat
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu sedang meletakkan sekotak rokok di sebuah masjid ketika solat Jumaat. Malah, dia dilihat meletakkan satu persatu kotak rokok tersebut dari motosikal hinggalah kepada kereta.
Biarpun mempunyai niat baik, tetapi para netizen memberikan pandangan berbeza dan mempertikaikan tentang dosa dan pahala.
Lihat video lain itu di bawah:
"Kalau macam ni nak catat dosa ke pahala" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan berseloroh tentang niat dan caranya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 982K views, 55.2K likes dan 841 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @udinponboleh (TikTok)
Image via @udinponboleh (TikTok)
Image via @udinponboleh (TikTok)
Image via @udinponboleh (TikTok)
Image via @udinponboleh (TikTok)
Dah baik nak sedekah, tapi kenapa rokok ya?
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment