"Sekampung Boleh Teduh" - Pasangan Pengantin Ini Sempoi Habis Berarak Guna Payung Pasar
Rare betul.
Majlis resepsi biasanya akan dilakukan selepas pasangan pengantin selesai dinikahkan
Ia sebagai majlis meraikan pasangan itu dengan menjemput tetamu untuk hadir. Sudah tentu, ia adalah majlis yang tidak akan dapat dilupakan.
Tambahan lagi, jika anda sudah lama menunggu saat ini. Macam-macam persediaan sudah dilakukan betul tak?
Namun, berbeza pula dengan pasangan pengantin ini apabila tular video mereka yang sempoi dipayungkan dengan payung 'pasar' telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tidak kisah guna payung 'pasar' masa berarak
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan pengantin itu sedang berarak bersama ahli keluarga untuk menuju ke pelamin mereka.
Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dapat dilihat mereka dipayungkan dengan payung yang sangat besar. Difahamkan, payung itu selalu digunakan oleh peniaga-peniaga.
Namun, pasangan pengantin itu tidak kisah dan meneruskan perjalanan mereka seperti biasa saja.
Image via @userscopi (TikTok)
"Sekali payung dengan orang belakang sekali tak kena panas hahaha" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihatnya kerana jarang dilihat sebegitu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 885.6K views, 65.1K likes dan 806 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @userscopi (TikTok)
Image via @userscopi (TikTok)
Image via @userscopi (TikTok)
Image via @userscopi (TikTok)
Image via @userscopi (TikTok)
Image via @userscopi (TikTok)
Sekali besar terus dia payung, senangkan untuk orang belakang sekali :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment