Selamba Cakap Bahasa Melayu Di Negara India, Gelagat Lelaki Ini Menghiburkan Ramai
Ingat dekat Malaysia ke bang?
Seperti yang kita semua tahu, bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan yang penting ketika berada di luar negara
Hal ini kerana setiap negara mempunyai bahasa yang berbeza dan sukar untuk difahami. Disebabkan itu, kita dinasihatkan untuk mengguna bahasa Inggeris kerana ia banyak difahami oleh semua orang.
Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki selamba bercakap bahasa Melayu ketika berada di luar negara telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Cakap bahasa Melayu dengan orang kedai
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi keadaan ketika dia berada di sebuah pasar. Difahamkan, dia berada di negara India.
Dapat dilihat dia semasa itu mahu membeli casing untuk telefon bimbitnya di pasar berkenaan.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah lelaki itu dengan selamba bercakap dalam bahasa Melayu dengan pekerja tersebut.
Situasi itu membuatkan pekerja berkenaan seperti bingung tetapi masih memahami kehendak lelaki tersebut.
Image via @fakhrulaizat69 (TikTok)
"Hahaha dia buat India tu macam faham Melayu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 589.1K views, 35K likes dan 417 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @fakhrulaizat69 (TikTok)
Image via @fakhrulaizat69 (TikTok)
Image via @fakhrulaizat69 (TikTok)
Image via @fakhrulaizat69 (TikTok)
Image via @fakhrulaizat69 (TikTok)
Main bantai je kan cakap bang! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment