[GAMBAR] Apabila "Minah Saleh" Mengenakan Hijab. Manis Dan Cantiknya 10 Sistur Kita Ni!
Mereka mengenakan hijab bukan atas tuntutan agama mereka, tetapi atas dasar hormat kepada budaya dan masyakat Islam.
Meskipun bertudung atau berhijab merupakan identiti wanita Islam, namun banyak selebriti Hollywood yang kadang kala mengenakannya
Hijab itu sendiri sebenarnya bermaksud "halangan," yang mana dalam Islam merujuk kepada prosedur berpakaian secara keseluruhan yang sopan dan sesuai dengan hukum agama Islam.
Walau bagaimanapun, bagi agama lain, ianya bukanlah sesuatu yang wajib untuk dikenakan. Namun begitu, beberapa selebriti Hollywood telah tampil mengenakan hijab bukan atas tuntutan agama, tetapi lebih kepada menghormati kepada agama dan budaya di negara majoriti Islam yang mereka telah kunjungi.
Antara selebriti itu termasuklah:
1. Camila Cabello
Image via Instagram @camila_cabello
Image via Instagram @camila_cabello
Bersempena dengan festival muzik RedFest DXB 2018 di Abu Dhabi, penyanyi, Camila Cabello sempat singgah ke Sheikh Zayad Grand Mosque sambil berpakaian sopan lagi berhijab.
2. Lady Gaga
Image via Just Jared
Image via Just Jared
Lady Gaga tampil berpakaian serba tutup sambil mengenakan hijab, berbeza dengan gaya kebiasaannya semasa berada di Istanbul, Turki.
Pada ketika itu, penghibur terkenal itu singgah di negara itu buat perteama kalinya bersempena dengan artRave: The ARTPOP Ball Tour pada tahun 2014.
3. Puteri Kate Middleton
Image via Blog The Bright Spot
Image via The Bright Spot
Semasa mengadakan lawatan antarabangsa di Malaysia pada tahun 2012, Puteri Kate Middleton telah mengenakan hijab ketika melawat Masjid Assyakirin di Kuala Lumpur.
4. Kendal Jenner & Gigi Hadid
Image via Instagram @gigihadid
Dua model antarabangsa, Kendall Jenner dan Gigi Hadid sempat berswafoto dengan gaya berhijab ketika singgah ke Sheikh Zayad Grand Mosque di Abu Dhabi.
5. Dua Lipa
Image via Twitter @DUALIPA
Dua Lipa, penyanyi British, juga telah mengenakan hijab ketika melawatke Sheikh Zayad Grand Mosque di Abu Dhabi.
6. Rihanna
Image via Instagram @badgalriri
Image via Instagram @badgalriri
Di masjid yang sama, penyanyi penuh kontroversi, Rihanna, telah mengadakan photoshoot yang mana telah mendapat kecaman beberapa pihak disebabkan gayanya yang dikatakan melampau.
7. Paris Hilton
Image via The World News Indonesia
Image via The World News Indonesia
Selebriti Hollywood yang sering tampil seksi Paris Hilton telah memilih untuk berhijab semasa mengadakan lawatan ke Sheikh Zayad Grand Mosque di Abu Dhabi.
8. Angelina Jolie
9. Lindsay Lohan
Image via The World News Indonesia
Atas dasar hormat pada adat dan budaya, pelakon, Lindsay Lohan, dilihat turut mengenakan hijab apabila singgah ke Dubai dan negara-negara Timur Tengah.
Manisnya mereka ini berhijab!
Image via Giphy
Antara artis Malaysia yang baru berhijrah mengenakan hijab:
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment