seismik

Di Kala Ada Yang ‘Cabut’ Tudung, 8 Selebriti Ini Pilih Untuk Bertudung. Alhamdulillah!

Allah SWT sayangkan hambanya yang menutup aurat.

Cover image via Instagram

Pada tahun 2019 ini, banyak kita dengar isu 'dehijabbing' di mana wanita yang sebelum ini berhijab memilih untuk tidak lagi berhijab

Isu ini berleluasa baik dalam golongan selebriti Malaysia, influencers mahupun tidak. Menyatakan bahawa mereka 'belum bersedia' dan 'iman tidak kuat' antara alasan yang biasa didengari apabila bertanyakan perihal isu ini.

Namun begitu, dikala ada wanita yang memilih untuk membuka tudung, lain pula ceritanya dengan 8 orang selebriti ini:

1. Jihan Muse

Pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse telah mencuri tumpuan ramai apabila beberapa foto dirinya mengenakan tudung ketika bercuti bersama keluarganya di Jepun tular di laman sosial. Ekoran perkara itu, rata-rata netizen memuji perubahan Jihan.

“Doakan saya masih diterima untuk bekerja dalam bidang ini lagi sebab saya memang suka kerja saya,” tulisnya di laman Instagram.

Pada masa yang sama, Jihan turut berterima kasih di atas sokongan dan doa orang ramai terhadap penghijrahannya itu.

Menurut Jihan, dia mengakui sudah lama terdetik untuk bertudung namun macam-macam yang mengganggu fikirannya sehingga niat itu tertangguh.

Bagaimanapun keinginannya itu kembali apabila tular #10yearschallenge di Instagram baru membuatkan Jihan terfikir panjang. Selain itu, program penghijrahan Mizz Nina juga turut membantu.

Image via imgur.com

“Ketika tular gambar #10yearschallenge yang membandingkan gambar 2009 dan 2019, saya mula terfikir untuk berubah. Saya juga ada menonton program penghijrahan Mizz Nina.

“Perkara itu turut buka hati saya untuk muhasabah diri dan berubah secara perlahan. Sebenarnya saya tidak berani membuat kenyataan sudah bertudung sepenuhnya kerana tidak tahu dugaan akan datang,” jelasnya.

2. Tunku Hanis

Pelakon Tunku Hanis atau nama penuhnya Tunku Norhanis Tunku Salman telah mula tampil berhijab akhir tahun lepas. Bukan itu sahaja, foto tidak bertudungnya juga tidak lagi kelihatan lagi di laman Instagram miliknya.

Dalam satu kenyataan, Tunku Hanis mengakui dalam dia meniti usia dewasa, dia semakin mengagumi Allah SWT dan makin dia sedar bahawa kehidupan ini perlu disulami dengan ujian.

Katanya, "Semakin saya dewasa, semakin diri mengagumi setiap inci kerja Tuhan dan tiada yang benar melainkan yang benar iaitu hidup yang tiada ujian seumpama hidup yang tidak dipedulikan Tuhan."

"Orang yang sentiasa tenang dan sabar dalam setiap dugaan dengan hati yang benar-benar bersih pasti menang!" tambahnya lagi.

3. Norazah Redzuan (Isteri kepada Mark Adam)

Penampilan berhijab dan lebih sopan isteri kepada penyanyi dan pelawak, Mark Adam iaitu Norazah Redzuan selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah awal tahun ini mendapat perhatian ramai.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira dengan penghijrahan isteri. Sejak pakai tudung, dia semakin cantik," kata penyanyi tersebut.

Menurut Mark Adam, keputusan berkenaan adalah di atas isterinya sendiri malah tiada sebarang paksaan. Namun, penyanyi ini berharap isterinya akan terus istiqamah dalam memakai tudung.

Tambahnya lagi, "Sejujurnya, saya suka melihat dia pakai tudung. Sebagai suami, saya sangat gembira. Pada awalnya terkejut juga sebab dia tak ada cakap apa-apa pun. Tetapi itu keputusannya sendiri."

"Paling penting, setiap keputusan dibuat haruslah istiqamah. Saya juga berdoa semoga hubungan kami ini sentiasa dipelihara dan dalam lindungan Allah SWT," ujarnya.

Mark atau nama Islamnya, Mark Adam Fikri Abdullah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003.

4. Nur Syahirah A. Rahman (Isteri Fad Bocey)

Pelawak, Fad Bocey, bukan sahaja bersyukur bahkan hatinya juga bertambah tenang apabila isterinya, Nur Syahirah, kini memilih untuk berpenampilan berhijab.

Disebabkan perubahan ini, rakan artis dan peminat telah memuji isteri pelawak tersebut yang dikatakan makin anggun apabila mengenakan hijab.

Melalui satu perkongsian dalam Instagram milik suaminya, Nur Syahirah telah mendedahkan sebab utama dia mengambil keputusan untuk berhijrah.

Nur Syahirah atau lebih mesra disapa Sya itu berkata bahawa dia kerap bermimpi hari kiamat dan satu persatu ahli keluarga meninggalkannya.

View this post on Instagram

Bermula episod baru ,tak la niat tulis utk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi .sebenarnya niat dah lama .dan dah lama sy kumpul tudung .tapi biasala iman kita turun naik ,kadang tengok org cantiknya bertudung .tapi bila pakai rasa mcm tk yakin .mashaAllah bukan mudah istiqamah tu .tapi satu masa tu hampir setiap hari ,sy selalu dlm keadaan resah .klu kemana mana mesti otak pikir klu eksiden mati mcm mna .sampaikan setiap hari mimpi kiamat .mimpi family satu satu tinggalkan sy .sy selalu crita dgn fad sy mimpi buruk tapi without no reaction from him sy jdi trtanya tanya kenapa rsa ni buatkan sy resah tk brhenti pkir .sampai la satu hari tu sy dpt satu mimpi yg mmg sy tkot utk terima .sy mimpi sy mati tinggalkan anak2 .bila bangun rasa sedih rasa sayu .sebab kita yg setiap pagi mandikan anak2 ,siapkn anak2 pegi school ,hantar school ,balik masak utk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tk lapar .tapi klu sy tkda nt sapa yg akan buatkan semua tu(jgn berani nak kahwin lain) .anak2 sapa yg akan uruskan .takut sgt walhal jalan yg Allah tulis kita kena redha terima semuanya .lama sy cri apa sebenarnya yg Allah nk tunjukkan .pernah dkt satu tmpt tu sy msuk dlm keadaan aurat tk sempurna utk solat ,dan banyak mata yg pandang pelik .tapi abaikan sbb Allah tau niat kita .lepas solat sy akan baca alquran yg ada terjemahan supaya sy dpt cri apa yg kurang dlm diri .sy selalu refer kwn2 .salah sorangnya @syashamsul .dia slalu ckp slow slow .bukannya nk ckp pakai tudung ni kita dh jdi ckup baik ckup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita kearah yg lebih baik .takda satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la utk cari kesempurnaan tu .takda paksaan dri suami tpi kenapa kita sbg isteri tk boleh korbankan benda tu .satu ceramah yg sy dgr dri youtube ,tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yg tidak menutup auratnya .sy masih belajar dan belum sempurna menutup aurat .moga ada yg dpt bimbing sy .ramai sgt yg dm yg whatsapp ,semuanya bgi semangat .tktau nak ckp rasa tu mcm ramainya yg syg kita sebenarnya .19 jan hari first sy bertudung sepenuhnya .satu rasa yg tktau nk gmbrkan tapi hati tu rasa lapang .rasa luas .rasa lega .doakan sy terus istiqamah

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Tambah Sya lagi, memilih untuk memakai tudung bukanlah menunjukkan yang seseorang itu baik dan sempurna namun apabila sudah mula bertudung, ia boleh membawa diri ke arah yang lebih baik.

Katanya, "Tak ada satu pun manusia sempurna tapi kita cuba untuk cari kesempurnaan itu. Tiada paksaan dari suami tapi kenapa kita sebagai isteri tidak boleh korbankan perkara itu?"

"Satu ceramah yang saya dengar dari YouTube, tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yang tidak menutup auratnya. Saya masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. Moga ada yang dapat bimbing saya," ujarnya. 

5. Nonny Nadirah

Sekembalinya daripada mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci pada Januari lalu, penyanyi dan pelakon, Nony Nadirah telah tampil dengan imej berhijab yang ternyata mendapat pujian ramai.

Dalam satu temubual bersama Berita Harian, artis kelahiran Kota Kinabali itu berkata, dirinya sendiri masih perlu banyak belajar untuk menjadi Muslimah yang baik.

Bukan itu sahaja, Nonny juga berkongsikan pengalamannya saat menyarungkan hijab. Pada awalnya, dia yang teragak-agak untuk memakai tudung telah mendapat nasihat daripada ibunya.

Menurut ibunya, jika memang sudah terdetik niat untuk memakan tudung, usah khuatir kerana Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan.

View this post on Instagram

Selepas blk dari mengerjakan ibadah umrah sy masih freehair lagi,pergi program pun x pakai tudung dan selepas sehari kemudian sy terdetik mengajak sahabat sy utk teman sy pergi membeli bbrp helai tudung. ada pun tudung ataupun shawl sblm ini hanyalah utk dipakai semasa shooting. . sy mengadu dgn mak sy,”hmm..mama kalau nak bertudung,baju semua mcm mana? sebab byknya baju2 sy tidaklah sesuai utk dipakai dgn tudung dan mcm mama sendiri maklum sy bukannya ada byk tudung.byk dibeli sblm ni pun hanyalah utk mama. sy risau ni ma. mama pun jawab dgn nada yg tenang “jika niat kamu sudah ada dan terdetik utk memakai tudung,Insyaallah Allah akan permudahkan urusan kamu.hidayah mmg milik Allah dan dpd Allah tapi kita sendiri yg kena paksa diri kita utk menguatkan hati kita utk berubah ke arah yg lebih baik. berbalik kpd Allah dan minta dgn Allah utk permudahkan urusan kita dan jgn dibolak-balikkan hati kita. Keesokan harinya sahabat sy telah menghadiahkan bbrp helai tudung kpd sy dan sorg lagi sahabat menghadiakan buku panduan sembahyang kpd sy. Allah dengar doa sy. . Sy masih didalam fasa percubaan,dan bagilah masa kpd diri sy utk memperbaiki diri,hari demi hari bukan disebabkan makhluk tetapi kerana Allah ta’ala. Terima kasih kpd yg mendoakan,keluarga,peminat,kwn2..siap ada yg email dan dm private kat sy,doa2 dan kata2 semangat korang membuatkan airmata sy mengalir x henti. akan tetapi jgnlah dikeji atau dikecam bila mana selepas ini jika ada kekurangan dari diri sy. kita semua manusia biasa. mungkin harini sy keluar hanyalah menggunakan shawl,insyaallah esok hari sy dah boleh memakai tudung dgn sempurna.. doa yg baik2... . Utk pengetahuan anda,its not easy gais. sblm ni pakai hanya waktu shooting,skrg nie baru sy rasa betapa mencabarnya utk si pemakai2 tudung & hijabers. Sblm nak keluar rumah dahlah nak cepat terlepas pulak peniti dari kepala,tercucuk berdarah jari terkena peniti,nak bukak tudung terlupa peniti masih atas kepala,pin tudung senget sampai ke kiri kanan muka,bila time makan pulak tudung makin ke depan. Allahuakhbar.. sy takkan lupakan pengalaman ini sampai bila2. . @bizmillatravel @bizmillatravel @bizmillatravel

A post shared by Nonny Nadirah (@nonnynadirah) on

“Hidayah memang milik Allah dan daripada Allah tapi kita sendiri yang kena paksa diri kita untuk menguatkan hati kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Berbalik kepada Allah dan minta dengan Allah untuk permudahkan urusan kita dan jangan dibolak-balikkan hati kita,” tulis Nonny dalam laman Instagram miliknya.

6. Eyra Hazali

Pelakon muda, Eyra Hazali, memilih untuk mengenakan hijab pada Februari lalu setelah dihantui rasa bersalah memikirkan kewajipan menutup aurat yang dituntut agama.

Dalam satu temubual bersama Berita Harian, Eyra mengaku sebelum ini dia ‘berperang’ dengan perasaan sendiri selain hati yang belum cukup kuat untuk berhijab namun berubah hati apabila sepotong ayat Al-Quran.

"Selepas terbaca sepotong ayat berkaitan hidayah yang diberi Allah, selain tidak mahu berterusan memalit dosa kepada bapa jika tidak menutup aurat, akhirnya, subuh kelmarin, saya memutuskan memakai tudung,” katanya

Eyra yang merupakan tunang kepada penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli, menyatakan dia memilih untuk memakai hijab atas kerelaan sendiri, bukanlah kerana mahu berniaga tudung atau hendak kahwin.

“Keluarga termasuk tunang saya terkejut. Mereka meminta kepastian apakah saya benar-benar bersedia dengan keputusan yang dibuat. Saya sebenarnya bimbang selepas melihat apa yang berlaku sejak kebelakangan ini... Tetapi saya yakin Allah akan bantu," jelasnya.

7. Serina Redzuawan

Sempena bulan Syawal, pelakon dan penerbit, Serina Redzuawan mengumumkan dia kini telah berhijab sepenuhnya.

“Alhamdulillah, sempena bulan Syawal yang mulia, saya mengambil kesempatan untuk mengumumkan yang saya telah berhijab sepenuhnya.

“Tidak mudah untuk bertekad, tetapi perlu ada pengorbanan, guru untuk beri tunjuk ajar, semangat dan dorongan daripada keluarga serta sahabat tersayang. Doakan saya istiqamah,” ujar anak kepada chef selebriti popular, Chef Wan itu.

Serina juga berterima kasih kepada Ustazah Asma' Harun yang banyak memberikan inspirasi serta ilmu kepada dirinya.

8. Lisa Surihani

Pada Aidilfitri baru-baru ini, Lisa Surihani dan suaminya, Yusri Abd Halim telah meraikan lebaran di Tanah Suci Mekah.

Setelah kembali dari mengerjakan umrah, Lisa Surihani dilihat tampil dengan imej berhijab. yang mana perkara ini diperkukuhkan lagi apabila pelakon, Intan Ladyana, telah membuat satu posting di laman Instagram turut mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah.

Apabila ditanya tuan punya badan perihal perkara ini, Lisa Surihani mengesahkannya namun menganggap keputusan sama ada bertudung atau sebaliknya adalah terlalu peribadi.

“Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu. Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan," kata Lisa kepada Berita Harian.

“Ia sangat peribadi…Sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini. Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa," ujarnya lagi.

Alhamdulillah.

Moga dengan penghijrahan mereka ini dapat membuka pintu hati selebriti dan wanita lain untuk turut sama menutup aurat. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jadilah macam Raja Permaisuri Agong kita yang manis je bertudung litup!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: