Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Semangat Patriotik" - Gelagat Lelaki Ini Berkawad Dengan Angsa Peliharaan Curi Tumpuan

Comel je angsa-angsa dia.

Cover image via @shaqulik82 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, negara kita baru saja menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64

Sudah tentu, tanggal 31 Ogos adalah tarikh bersejarah bagi semua rakyat Malaysia. Jika dulu sambutan merdeka memang sangat meriah di semua tempat, tetapi kali ini semuanya perlu dilakukan secara bersederhana kerana penularan pandemik Covid-19.

Namun, itu tidak mematahkan semangat rakyat Malaysia untuk tetap menyambut Hari Kebangsaan dengan cara yang tersendiri.

Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang lelaki melakukan perbarisan bersama haiwan peliharaannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Semangat sambut merdeka, buat perbarisan dengan angsa peliharaan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di kawasan kandang angsa peliharaannya untuk memberi makan.

Namun disebabkan Malaysia kini menyambut bulan kemerdekaan yang ke-64, dia dengan semangatnya melakukan perarakan di sekitar kawasan berkenaan sambil memegang jalur gemilang di tangannya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia tidak berseorangan melakukannya, kelihatan kesemua angsa peliharaannya turut mengikutinya melakukan perarakan tersebut. Gelagatnya itu sekali gus mendapat perhatian ramai.

Image via @shaqulik82 (TikTok)

Image via @shaqulik82 (TikTok)

"Pandainya semua ikut dekat belakang" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki itu. Malah, ada yang memuji angsanya itu bijak kerana turut mengikutnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 69.1K views, 7,074 likes dan 1,120 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @shaqulik82 (TikTok)

Image via @shaqulik82 (TikTok)

Image via @shaqulik82 (TikTok)

Image via @shaqulik82 (TikTok)

Image via @shaqulik82 (TikTok)

Image via @shaqulik82 (TikTok)

Image via @shaqulik82 (TikTok)

Image via @shaqulik82 (TikTok)

Inilah namanya semangat patriotik, tak kira dekat mana pun :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment