seismik

[VIDEO] Wanita Ini Kongsi Beg IKEA Kini Boleh Dibeli Daripada Vending Machine. Wow!

Bestnya!

Cover image via @zyraanabilaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin

Antaranya adalah memasuki shopping mall dan juga boleh makan di restoran. Ini khas bagi individu yang telah menerima dua dos vaksin selepas 14 hari.

Bagi yang belum capai dalam masa 14 hari, anda perlulah bersabar dan perlu patuh dengan arahan kerajaan. Masa anda akan tiba. Tetapi, mesti ada sedikit cemburu betul tak tengok orang lain dah lengkap dua dos vaksin dan lebih 14 hari.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila dia berkongsi vending machine yang ada di IKEA kerana tidak dapat memasuki premis itu mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terpaksa keluar IKEA balik sebab tak lengkap dos vaksin, terjumpa mesin barangan menarik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita ketika itu berada di IKEA bersama suaminya untuk membeli barang.

Namun, dia kemudian tidak dibenarkan masuk kerana masih tidak melengkapkan dos vaksin atau mungkin masih tidak melepasi 14 hari.

Dia dan suaminya selepas itu keluar dan ternampak sebuah mesin yang menjual antara barangan kecil yang dijual IKEA antaranya adalah beg, tupperware dan banyak lagi.

Wanita itu juga siap menunjukkan tutorial dia membeli barang. Ia sememangnya sangat memudahkan. Difahamkan, mesin itu baru saja berada di IKEA.

"Beg biru IKEA ni memang kuat nak mampus" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja mereka melihat perkongsian tersebut kerana ia lebih memudahkan jika mahu membeli barangan kecil dan tidak perlu masuk ke dalam.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 464.4K views, 33.9K likes dan 250 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Beg biru memang paling ramai orang beli, senang lah lepas ni boleh beli dekat mesin je :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: